Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pa.sang] | سڤاسڠ

Definisi : 1. satu pasang, sejodoh, sekelamin, selengkap: ~ pengantin; ~ baju Melayu; ~ merpati a) sekelamin burung merpati jantan dan betina; b) ki sekelamin lelaki dan perem­puan; 2. sesuai (dgn), sepadan (dgn): tali lehernya ~ dgn bajunya; 3. = ~ dgn merupa­kan pasang (dgn), selengkapan (dgn): barang ini ~ dgn yg di atas meja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pasang1 (kata nama)
Bersinonim dengan jodoh, kelamin;,
Kata Terbitan : sepasang, berpasangan, memasangkan, pasangan,


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
engkerumongalat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg idiofon, terdiri drp satu set gong, iaitu antara lima hingga lapan biji gong yg terletak mendatar dlm rak kayu. Alat muzik ini dipukul dgn sepasang pemukul kayu dan dimainkan oleh kaum Iban di Sarawak utk mengiringi tarian ngajatKamus Dewan Perdana
enkeromongalat muzik tradisional yg terdiri drp lapan buah gong perunggu kecil yg disusun sebaris di dlm kotak kayu berbentuk segi empat panjang, dan dimainkan dgn cara memukul gong-gong tsb dgn sepasang pemukul kayuKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas