Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.bu/] | سربوق

Definisi : benda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll), bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar; kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg menghasilkan letupan kuat apabila di­nyala-kan; ~ peluntur campuran garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg diguna-kan utk membuat roti dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk; menyerbuk menjadi (spt) serbuk; menyerbukkan menghancurkan (me­numbuk, mengisar, dll) menjadi serbuk; menyerbuki Id memindahkan (mengena­kan) debunga pd stigma; penyerbukan 1. proses membuat sesuatu menjadi serbuk; 2. Id pemindahan debunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.bu/] | سربوق

Definisi : benda (spt kopi, teh) yg berbutir-butir halus atau lumat: ~ gergaji; ~ kopi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serbuk (kata nama)
Bersinonim dengan abu, debu, tepung, bubuk, serdak, habuk, puyer.,


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
emeribatuan korundum berwarna hitam kekelabuan, keras dan kasar biasanya dijadikan serbuk, yg digunakan utk mencanai, menggilap, melicinkan dsb sstKamus Dewan Perdana
eskalopmasakan yg menggunakan kepingan daging ayam, lembu dsb tanpa tulang, yg disalut dgn telur dan serbuk roti, digoreng dan dihidangkan bersama sosKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas