elm | pokok jenis daun luruh drp genus Ulmus yg daunnya bergerigi, buahnya halus bersayap, hidup liar di hutan, ada spesies yg ditanam sbg hiasan landskap serta bonsai, dan kayunya yg keras dijadikan bot serta perabot | Kamus Dewan Perdana |
embaru | pokok rendang dan berbunga kuning, yg mudah ditemui di tepi sungai dan tepi laut, atau ditanam sbg pokok teduhan. Daunnya yg hampir bulat dibuat pembungkus kuih serta tapai, kayunya boleh digunakan utk membuat sampan dan perabot, dan kulit batangnya yg berserat boleh dijadikan tali serta kertas | Kamus Dewan Perdana |
mengeloni | memeluk dan menepuk serta mengusap (anak yg masih kecil) sambil berbaring mengiring utk menidurkannya | Kamus Dewan Perdana |
epigram | puisi yg pendek dan bernas serta mengandungi fikiran yg bijak dan menyindir | Kamus Dewan Perdana |
emak angkat | perempuan yg mengambil serta memelihara anak orang lain spt anaknya sendiri | Kamus Dewan Perdana |
berekspedisi | ikut serta dlm sst ekspedisi | Kamus Dewan Perdana |
emban | perempuan yg menjaga, melayani keperluan putera dan puteri raja serta memberi tunjuk ajar ttg adab kesopanan, kebersihan diri dsb | Kamus Dewan Perdana |
EQ | Emotional Quotient (darjah kecerdasan emosi). EQ ialah ukuran kemampuan sso utk mengawal emosi serta berkait rapat dgn daya ketahanan diri, empati dan motivasi | Kamus Dewan Perdana |
endap | sst yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar | Kamus Dewan Perdana |
terendap | bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar | Kamus Dewan Perdana |