ekor pedang | ikan air tawar drp genus Xiphophorus, bersaiz kecil dan berwarna merah atau kuning, yg jantannya mempunyai ekor berbentuk spt pedang pd bahagian bawahnya, dan sering dijadikan ikan hiasan | Kamus Dewan Perdana |
empirang sungai | ikan air tawar bersaiz kecil yg bergigi besar, yg tinggal di sungai dan tasik dan memakan krustasea dan serangga | Kamus Dewan Perdana |
euglena | alga hijau drp genus Euglena, yg mempunyai satu sel, dan biasanya terdapat di dlm air tawar yg tercemar | Kamus Dewan Perdana |
etak | haiwan moluska yg mempunyai dua cangkerang yg berbentuk separuh bulat dan bersaiz kecil, isinya boleh dimakan dan banyak terdapat di kawasan air tawar di Pantai Timur | Kamus Dewan Perdana |