eklampsia | keadaan yg dicirikan dgn kekejangan pd wanita hamil akibat tekanan darah tinggi, yg melibatkan kerosakan awal pd buah pinggang sehingga menyebabkan adanya protein dlm air kencing dan edema | Kamus Dewan Perdana |
ebonit | getah keras berwarna hitam yg terhasil secara pencampuran getah asli dgn sulfur pd suhu dan tekanan yg tinggi | Kamus Dewan Perdana |
entalpi | ciri termodinamik sst sistem yg mengukur jumlah tenaga dlm sst sistem, iaitu jumlah tenaga dalaman sistem tsb ditambah dgn hasil darab isi padu sistem itu dgn tekanan yg dikenakan terhadapnya oleh persekitaran. Simbol: H | Kamus Dewan Perdana |