Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.di.ri] | ترديري

Definisi : 1. (telah sedia) berdiri atau didirikan, (tiba-tiba, masih) berdiri: perempuan muda yg sedang menaiki tangga itu terhenti dan ~ apabila namanya dipanggil; berhambuslah segera, aku benci melihat muka-muka pengecut ~ di hadapanku; 2. telah didirikan (dibina, dibangunkan), terbina, terbangun: di kiri kanan lorong sempit itu, ~ beberapa buah rumah; 3. sl dapat bertahan: maka segala rakyat Indera Puri Negara dgn hulubalang empat itu lalu pecah tiada ~ lagi lalu larilah datang kpd Sardal dan Kamdakata; ~ drpd terbentuk (terjadi, ter­jalin) drpd: mereka yg menyerang dan merompak itu ~ drpd pe­muda-pemuda yg telah rosak akhlak; penaja perkumpulan ini hanya ~ drpd dua orang sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.di.ri] | ترديري

Definisi : 1 (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2 (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3 (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdiri


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
enjinmesin yg terdiri drp bahagian yg bergerak, yg dapat menukarkan tenaga spt tenaga haba atau tenaga elektrik kpd daya atau gerakanKamus Dewan Perdana
Eurasiakawasan yg terdiri drp benua Eropah dan AsiaKamus Dewan Perdana
eskotorang atau kumpulan orang, biasanya terdiri drp kalangan anggota polis atau tentera, yg mengiringi jutawan, banduan, kenderaan berisi wang dll utk menjaga keselamatan, melancarkan perjalanan dsbKamus Dewan Perdana
ekosistemsistem biologi yg terdiri drp komuniti haiwan, tumbuhan dsb di sst tempat dan hubungannya dgn persekitaranKamus Dewan Perdana
enkeromongalat muzik tradisional yg terdiri drp lapan buah gong perunggu kecil yg disusun sebaris di dlm kotak kayu berbentuk segi empat panjang, dan dimainkan dgn cara memukul gong-gong tsb dgn sepasang pemukul kayuKamus Dewan Perdana
ekasuku kataterdiri drp satu suku kata, mis bom, gam dan posKamus Dewan Perdana
Eropahbenua keenam terbesar di dunia yg terdiri drp Skandinavia, Kepulauan British, Eropah Barat, Eropah Tengah, Eropah Tenggara dan Eropah TimurKamus Dewan Perdana
elektroskopalat utk mengesan cas elektrik, yg terdiri drp batang logam dan dua kepingan logam nipis drp emas yg akan terpisah apb terdapat cas elektrikKamus Dewan Perdana
engkerumongalat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg idiofon, terdiri drp satu set gong, iaitu antara lima hingga lapan biji gong yg terletak mendatar dlm rak kayu. Alat muzik ini dipukul dgn sepasang pemukul kayu dan dimainkan oleh kaum Iban di Sarawak utk mengiringi tarian ngajatKamus Dewan Perdana
enapanbahan yg terdapat di dasar sungai, tasik atau laut yg terdiri drp campuran tanah liat, kelodak, pasir, jirim organik dsbKamus Dewan Perdana
12

Kembali ke atas