emu | burung besar yg tidak boleh terbang yg rupanya seakan-akan burung unta, mempunyai bulu lembut yg berwarna coklat dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2 m dan berat sehingga 45 kg dan hanya terdapat di Australia | Kamus Dewan Perdana |
mengempul | (bkn perahu, sampan dsb) terumbang-ambing atau terapung-apung sehingga tidak boleh mara krn datang angin atau arus yg kuat dr hadapan | Kamus Dewan Perdana |
encer | tidak pekat atau tidak likat dan boleh mengalir | Kamus Dewan Perdana |
ekonomik | (bkn penggunaan masa, wang, tenaga dll) paling sedikit yg boleh supaya tidak membazir dan sia-sia utk mencapai hasil yg optimum | Kamus Dewan Perdana |
elipsis | pengguguran sebahagian kata dlm sst ungkapan atau teks yg tidak menjejaskan maksud, dan boleh diwujudkan semula berdasarkan konteks, mis bagi soalan Sudah makan? dijawab Sudah. Jawapan sudah itu elipsis | Kamus Dewan Perdana |