| EAEC | East Asia Economic Caucus (Kumpulan Perundingan Ekonomi Asia Timur). EAEC ialah sebuah badan di bawah ISIS yg diwujudkan pd tahun 2003, menjalankan kajian berasaskan dasar bebas, persidangan dan perangkaian thp rantau Asia Timur | Kamus Dewan Perdana |
| E.I.C | East India Company (Syarikat Hindia Timur Inggeris) | Kamus Dewan Perdana |
| Ethiopia | negara di timur Afrika yg berhampiran Laut Merah, meliputi Lembah Great Rift, gurun, dan penara tinggi yg mempunyai banyak sungai termasuk sungai Nil Biru. Negara ini merupakan negara Afrika yg paling lama merdeka, iaitu sejak abad ke-2 SM | Kamus Dewan Perdana |
| Estonia | negara republik di timur Eropah, berhampiran Teluk Finland dan Laut Baltik, bertanah rendah dan mempunyai banyak paya, tasik dan hutan. Negara ini merdeka drp Soviet Union pd tahun 1991 | Kamus Dewan Perdana |
| Eskimo | kumpulan orang yg tinggal di kawasan yg sangat sejuk di utara Kanada, Greenland, Alaska dan timur Siberia | Kamus Dewan Perdana |
| Eritrea | negara yg bersempadan dgn Sudan di bahagian utara dan barat, Laut Merah di bahagian utara dan timur, manakala di selatannya terletak negara Ethiopia dan Djibouti, rupa buminya bergunung-ganang. Pantai Laut Merahnya merupakan kawasan yg paling panas dan kering di Afrika, sementara bahagian tengahnya pula mempunyai lembah yg subur utk pertanian. Negara ini merdeka drp Ethiopia pd tahun 1993 | Kamus Dewan Perdana |
| Eropah | benua keenam terbesar di dunia yg terdiri drp Skandinavia, Kepulauan British, Eropah Barat, Eropah Tengah, Eropah Tenggara dan Eropah Timur | Kamus Dewan Perdana |
| etak | haiwan moluska yg mempunyai dua cangkerang yg berbentuk separuh bulat dan bersaiz kecil, isinya boleh dimakan dan banyak terdapat di kawasan air tawar di Pantai Timur | Kamus Dewan Perdana |