| ekor kucing | herba yg tingginya sehingga kira-kira 1 m, bercabang, berbulu halus, daunnya bergerigi, berbunga halus berwarna ungu muda dan berjambak menegak, biasanya hidup di kawasan lembap yg terbuka, dan mempunyai nilai perubatan tradisional | Kamus Dewan Perdana |
| ekor tupai | tumbuhan berbatang lembut yg tingginya sehingga kira-kira 1.5 m, bunganya berjambak menegak spt ekor tupai yg kebanyakannya berwarna putih berurat hijau, ditanam sbg tanaman hiasan, dan banyak juga yg tumbuh liar | Kamus Dewan Perdana |
| ekliptik | garisan melengkung yg dibayangkan wujud di langit kesan pergerakan tahunan Bumi mengelilingi Matahari, yg mengandungi 12 zodiak, iaitu Skorpio, Leo, Akuarius, Aries, Pises, Kaprikorn, Gemini, Sagitarius, Libra, Kanser, Virgo dan Taurus yg setiap satu lebarnya 30° dan tingginya 8° ke utara dan selatan dr tengah-tengah garisan | Kamus Dewan Perdana |