Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.rus] | تيروس

Definisi : makin kecil ke hujung, lancip, runcing: keris ini mempunyai mata yg panjang serta ~; kaki ~; menirus menjadi tirus, melancip, meruncing: di bahagian kiri terbentang sebidang sawah yg ~ hilang ke belakang tanjung; meniruskan menjadikan tirus, melancipkan, meruncingkan; penirusan perihal meniruskan, pelancipan, peruncingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.rus] | تيروس

Definisi : makin ke hujung makin kecil; runcing: Mata keris itu panjang dan ~. menirus menjadi kecil ke hujung. meniruskan menjadikan tirus: Dia ~ hujung buluh itu. ketirusan keadaan tirus. penirusan perbuatan, hal dsb menirus atau meniruskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tirus (adjektif)
Bersinonim dengan lancip, runcing, gonjong, jirus, limas;,
Kata Terbitan : menirus, meniruskan, penirusan,

Puisi
 

Keris panjang mata tirus,
     Ulu keris nampak bersilang;
Serta pasang dengan arus,
     Bergerak surut pasangnya hilang.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ekor belangkaspisau yg bahagian hujungnya panjang dan tirus, yg rupanya spt ekor pd belangkas, dan biasanya diletakkan pd hujung senapangKamus Dewan Perdana
ensuraipokok yg biasanya tumbuh di tebing berbatu yg berlumut dan condong ke arah sungai, berdaun tirus, berbuah kemerahan dan bersayap, penting sbg sumber makanan bagi hidupan air dan akarnya penting utk menghalang hakisanKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas