ekstradisi | penyerahan sso penjenayah atau sso yg dituduh melakukan jenayah kpd negara tempat jenayah tsb dilakukan utk dibicarakan, dgn syarat kedua-dua negara tsb sudah menyertai konvensyen ekstradisi antarabangsa | Kamus Dewan Perdana |
eksostosis | ketumbuhan pd tulang yg menimbulkan tonjolan pd permukaan tulang tsb | Kamus Dewan Perdana |
mengeramkan | menghangatkan (telur) di dlm alat khas, atau pd haiwan lain sehingga telur tsb menetas | Kamus Dewan Perdana |
ekoton | zon di antara dua komuniti tumbuhan yg berbeza, yg mengandungi spesies drp kedua-dua komuniti tsb, mis pinggir hutan | Kamus Dewan Perdana |
entalpi | ciri termodinamik sst sistem yg mengukur jumlah tenaga dlm sst sistem, iaitu jumlah tenaga dalaman sistem tsb ditambah dgn hasil darab isi padu sistem itu dgn tekanan yg dikenakan terhadapnya oleh persekitaran. Simbol: H | Kamus Dewan Perdana |
enklaf | sebahagian drp wilayah sesebuah negara yg dikelilingi seluruhnya oleh wilayah negara asing, mengikut perspektif orang yg di luar wilayah tsb | Kamus Dewan Perdana |
ekotip | kumpulan tumbuhan atau haiwan dlm sst spesies yg mampu beradaptasi dgn keadaan persekitaran yg berlainan, yg menyebabkan kumpulan tsb berbeza drp yg lain dr segi struktur dan fisiologi | Kamus Dewan Perdana |
ex officio | (bkn pelantikan sso menjadi ahli sst jawatankuasa, organisasi dsb) berdasarkan jawatan atau kedudukan orang tsb | Kamus Dewan Perdana |
pengemulsian | proses mencampurkan dua atau lebih cecair yg tidak bercampur sepenuhnya dgn menggoncang campuran tsb | Kamus Dewan Perdana |
etnopuitika | konsep yg cuba memberi tafsiran baharu ttg sistem kesusasteraan sst bangsa berdasarkan ciri-ciri khusus sastera bangsa tsb | Kamus Dewan Perdana |