Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.han] | توهن

Definisi : sesuatu (spt dewa dsb) yg dipuja oleh golongan manusia yg agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kpd Tuhan Yg Esa; bertuhan percaya kpd atau memuja tuhan; ~ kpd memuja (mendewakan) sesuatu sbg tuhan; bertuhankan bertuhan kpd: ~ harta benda; mempertuhan, mempertuhankan meng­anggap (memuja) sesuatu sbg tuhan, memper­dewakan sesuatu: suatu pemikiran yg ~ harta, spt pemikiran dan fahaman kapitalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.han] | توهن

Definisi : Allah yg mencipta alam semesta: Nabi Musalah yg pertama sekali dapat ber­cakap dgn ~ di Bukit Tursina; ~ Yg Esa Allah yg hanya satu (tunggal); bertuhan percaya kpd Tuhan; orang yg tidak ~ orang yg tidak percaya adanya Tuhan; ketuhanan 1. sifat keadaan Tuhan: Maha Suci bagi Allah yg tinggi ~-Nya dan tiada sekutu bagi-Nya; menunjukkan ~-Nya me­nun­jukkan sifat-sifat keadaan-Nya sbg Tuhan; 2. perihal Tuhan; ilmu ~ ilmu menge­nai Tuhan dan agama; 3. kepercayaan (ke­bak­tian) kpd Tuhan, dasar percaya kpd Tuhan yg Maha Esa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.han] | توهن

Definisi : Allah yg mencipta alam se­mesta: ~lah yg menjadikan kita semua. bertuhan percaya kpd Tuhan: ~ kpd menyembah, memuja atau mendewa­kan sesuatu sbg Tuhan. bertuhankan 1 percaya akan sesuatu sbg Tuhan: ~ Allah. 2 ki mendewa-dewakan; terlalu mementingkan se­suatu lebih drpd memikirkan Tuhan: ~ wang ringgit. mempertuhan menyembah atau menganggap sesuatu sbg Tuhan. ketuhanan 1 sifat keadaan Tuhan. 2 segala sesuatu mengenai Tuhan: ilmu ~ ilmu mengenai Tuhan dan agama. 3 kepercayaan atau kebaktian kpd Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuhan

Puisi
 

Ya Allah Tuhan Yang Esa,
     Dikenak patuk ular yang bisa;
Jika diturut hatiku suka,
     Jika tak luka badan binasa.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Habis akal baru tawakal.

Bermaksud :

Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. tawakal = berserah diri kepada Tuhan.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
engkaukata ganti nama diri kedua yg biasanya digunakan sewaktu berdoa kpd Tuhan atau digunakan dlm situasi tidak formal oleh orang yg lebih tua kpd yg lebih muda atau yg sebaya tetapi agak kasar jika digunakan kpd orang yg perlu dihormatiKamus Dewan Perdana
eksordiumkata pendahuluan dlm sst ucapan atau tulisan, yg memuatkan asal mula penulisan teks, puji-pujian kpd Tuhan dan raja, asal usul pengarangnya dsbKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas