embalau | bahan spt damar yg dihasilkan oleh serangga kelulut, yg digunakan utk membuat piring hitam, utk melekatkan keris, parang dll pd hulunya, serta sbg bahan penebat atau varnis | Kamus Dewan Perdana |
elektrolisis | proses yg menggunakan tenaga elektrik utk menyebabkan tindak balas kimia berlaku, mis utk menulenkan logam spt kuprum, dan utk menyadurkan sst logam dgn logam lain | Kamus Dewan Perdana |
entre | belanja masuk utk melihat sst pertunjukan atau wang pertaruhan utk menjadi ahli persatuan dll | Kamus Dewan Perdana |
ekspedisi | perjalanan yg dirancang utk sekumpulan orang ke sst tempat utk meneroka, menyelidiki dsb sst | Kamus Dewan Perdana |
eugenik | kajian ttg kaedah utk menghasilkan manusia yg berkualiti dgn memilih pasangan yg terbaik utk mendapatkan anak berkualiti | Kamus Dewan Perdana |
eskapisme | tindakan atau kecenderungan utk melarikan diri drp sst masalah dgn mencari hiburan atau mencipta khayalan utk memperoleh ketenangan | Kamus Dewan Perdana |
perembunan | bekas utk menakung air embun atau mengembunkan bahan-bahan tertentu yg digunakan utk upacara kepercayaan | Kamus Dewan Perdana |
elektron volt | unit utk mengukur tenaga. Satu elektron volt bersamaan dgn tenaga yg diperlukan utk menggerakkan satu elektron melalui beza keupayaan satu volt. Satu elektron volt bersamaan 1.602 × 10⁻¹⁹ joule. Simbol: eV | Kamus Dewan Perdana |
em | unit ukuran linear utk mengukur kelebaran saiz taip, yg berdasarkan saiz poin yg digunakan, mis 1 em bagi saiz enam poin bermakna enam poin lebar. Apb em digunakan utk mengukur jarak di antara baris, ukuran em yg sebenar bergantung pd muka taip yg digunakan | Kamus Dewan Perdana |
epitaf | pernyataan ringkas secara bertulis pd batu nisan atau patung utk memperingati sso yg meninggal dunia, atau yg ditulis pd tugu atau bangunan utk memperingati sst peristiwa penting | Kamus Dewan Perdana |