enjin | mesin yg terdiri drp bahagian yg bergerak, yg dapat menukarkan tenaga spt tenaga haba atau tenaga elektrik kpd daya atau gerakan | Kamus Dewan Perdana |
E. coli | bakteria yg biasanya ditemui di dlm usus manusia atau haiwan, yg menjangkiti sso melalui sst yg tercemar dan sesetengah jenisnya boleh menyebabkan keracunan makanan yg teruk yg ditandai oleh cirit-birit, kejang perut dan kadangkala demam, muntah atau sakit kepala. Nama penuh bagi bakteria ini ialah Escherichia coli | Kamus Dewan Perdana |
engkau | kata ganti nama diri kedua yg biasanya digunakan sewaktu berdoa kpd Tuhan atau digunakan dlm situasi tidak formal oleh orang yg lebih tua kpd yg lebih muda atau yg sebaya tetapi agak kasar jika digunakan kpd orang yg perlu dihormati | Kamus Dewan Perdana |
ekotip | kumpulan tumbuhan atau haiwan dlm sst spesies yg mampu beradaptasi dgn keadaan persekitaran yg berlainan, yg menyebabkan kumpulan tsb berbeza drp yg lain dr segi struktur dan fisiologi | Kamus Dewan Perdana |
estriol | hormon seks yg lemah, yg dihasilkan oleh ovari dan mempunyai kepekatan yg tinggi dlm air kencing wanita hamil | Kamus Dewan Perdana |
eden | kata ganti nama diri pertama yg digunakan kpd orang yg sebaya atau yg lebih muda dlm keadaan tidak rasmi | Kamus Dewan Perdana |
etefon | bahan yg menggalakkan pengeluaran susu getah yg banyak dlm masa yg lama, disapukan pd bahagian kulit pokok getah yg telah dikikis, terutamanya ketika cuaca panas | Kamus Dewan Perdana |
etuna | gas tidak berwarna dlm kumpulan alkuna yg mengeluarkan haba yg banyak dan cahaya yg terang apb dibakar, digunakan sbg bahan api dlm lampu karbida dan dlm kerja pengimpalan. Etuna ialah kata teknikal bagi asetilena. Formula: C₂H₂ | Kamus Dewan Perdana |
epek | kain panjang yg agak tebal yg dililitkan pd perut wanita, biasanya yg baru melahirkan anak, dgn tujuan utk mengempiskan perut | Kamus Dewan Perdana |
epididimis | tiub panjang yg bergumpal, yg terdapat di belakang testis dan berfungsi sbg laluan, tempat simpanan dan pematangan sperma | Kamus Dewan Perdana |