Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.dah] | سوده

Definisi : 1 telah siap sedia; selesai; habis; tamat: Setelah ~ makan, mereka pun makan sirih sekapur seorang. 2 telah berlalu tempohnya; telah berlaku: Perkara yg ~ janganlah dikenang. 3 memang begitu keadaannya dll; sememang begitu: Kalau ~ nasib, apa yg hendak di­­katakan. 4 = sudahlah cukuplah; ber­hentilah; padalah: ~, jangan menangis lagi. sudahnya, sudah-sudahnya akhir­­nya; kemudiannya: Sekalian yg hidup akan mati juga ~. sesudah se­telah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. menyudahi mem­berikan penutup kpd sesuatu (spt rundingan, ucapan dsb); mengakhiri: Beliau ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menyudahkan membuat jadi sudah; menghabiskan; menyiapkan; menamatkan: Tunggu sebentar, saya hendak ~ kerja ini dahulu. kesudahan apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sudah kapas menjadi benang,
     Sudah benang menjadi kain;
Sudah lepas jangan dikenang,
     Sudah jadi orang lain.


Lihat selanjutnya...(496)
Peribahasa

Sudah terantuk baru tengadah.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).

 

Lihat selanjutnya...(357)

127

What' done cannot be undone

Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi.

Nasi sudah menjadi bubur.

Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but what' done cannot be undone.

Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa gunanya saya meratap, nasi sudah menjadi bubur.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(111)

Bahasa Sukuan v1.0

KataTakrifKata TerbitanTakrif Kata TerbitanPeribahasaTakrif PeribahasaTerjemah PeribahasaTemaBahasa Suku Kaum
tu'uhSudah lama hidup, sudah lanjut usia, sudah berumurpinu’uhketua, pemimpin, kepala, pembesar, penasihatTu’uh kiribe ungod kenangSudah tua tetapi kurang pengetahuan atau pengalaman-Flora dan Idea BerasosiasiBidayuh -> Bukar Sadong
damunbekas tapak sawah atau huma yang sudah terbiar lama dan sudah ditumbuhi hutan dan pokok-pokok tua-----Bentuk Muka Bumi dan Idea BerasosiasiBidayuh -> Jagoi
kilapaBuah yang sudah tua dan sesuai untuk dijadikan benihngilapasudah tuakilapa orang tuaorang tua yang menjangkau usia emas-Flora dan Idea BerasosiasiBidayuh -> Bukar Sadong
tepatabuluh yang sudah dibelah digunakan sebagai lantainepatamemasang lantai buluh~ lepuk-kepingan buluh yang sudah dibelah digunakan sebagai lantaiPeralatan Rumah Tangga dan Idea BerasosiasiKenyah -> Cebup
uhatBahagian tumbuhan yang lazimnya tumbuh ke dalam tanah. ~ pinamai - akar tunjang. ~ buruh - akar rambut.biruhatberakar, mempunyai akar, sudah tumbuh akarnya.Biruhat kenang-sudah lama dudukFlora dan Idea BerasosiasiBidayuh -> Bukar Sadong
kou ngagadLama sudah kamu tunggu?-----Sistem Sapaan Kekeluargaan dan Idea BerasosiasiBajau -> Bajau Tuaran
beta nu kamLama sudah kamu tunggu?-----Sistem Sapaan Kekeluargaan dan Idea BerasosiasiBajau -> Bajau Tuaran
ru'un nuAda sudah?-----Sistem Sapaan Kekeluargaan dan Idea BerasosiasiBajau -> Bajau Tuaran
mupu'kayu/kayu yang sudah buruk kecuali makanan-----Flora dan Idea BerasosiasiKenyah -> Cebup
tutuhaiwan betina yang sudah beranak-----FaunaKenyah -> Cebup
123

Kembali ke atas