Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ji] | حاج

Definisi : 1. = fardu ~ rukun Islam yg kelima yg memerlukan seseorang Islam (yg cukup syaratnya) pergi ke Mekah dan melakukan beberapa ibadat yg berkaitan dgn fardu itu; mengerjakan ~ menunaikan fardu haji; 2. orang yg berangkat ke Mekah utk menunai­kan fardu haji; jemaah ~ rombongan orang yg pergi ke Mekah utk menunaikan fardu haji; kapal ~ kapal yg membawa jemaah haji ke Mekah; Syeikh ~ orang yg mengurus hal-hal dan keperluan-keperluan jemaah haji (sewaktu mereka sedang menunaikan fardu haji); 3. gelaran atau panggilan bagi orang lelaki yg telah menunaikan fardu haji: H~ Khairuddin; bulan ~ bulan Zulhijah; fardu ~ kewajiban menunaikan haji; Hari Raya H~ hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah, Hari Raya Aidiladha; naik ~ pergi ke Mekah kerana menunaikan fardu haji; rukun ~ segala perbuatan yg mesti dilakukan supaya sah haji; tabung ~ a) kumpulan wang yg disimpan oleh bakal haji; b) bp = Lembaga Urusan Tabung H~ perbadanan yg mengurus simpanan wang bakal-bakal Haji dan pemergian mereka ke Tanah Suci (Mekah); ~ akbar (besar) ibadat haji yg wukufnya jatuh pd hari Jumaat; ~ badal orang yg menunaikan fardu haji utk orang lain yg sakit dll; ~ ifrad haji yg diikuti dgn umrah sebaik sahaja selesai ibadah haji dilaksanakan pd bulan haji; ~ mabrur ibadah haji yg dianggap sah, sempurna dan diterima Allah SWT kerana memenuhi segala rukun dan syarat (dapat mengekalkan sifat dan kelakuan yg baik dan terpuji selepas menunaikan haji); ~ mardud ibadah haji yg dianggap tidak sah dan tidak diterima Allah SWT (kerana sifat dan kelakuannya lebih buruk sebelum menunaikan haji); ~ qiran qiran; ~ sunat bp a) budak yg pergi ke Mekah mengikut orang naik haji ketika belum baligh; b) pergi naik haji sebelum baligh; ~ tamatuk haji yg dikerjakan setelah selesainya ibadah umrah pd bulan haji, dan dikenakan dam; ~ widak haji yg terakhir dikerjakan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum wafat; menghajikan menunaikan haji bagi pihak orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ji] | حاج

Definisi : 1 = fardu ~ ibadat yg memerlukan seseorang pergi ke Mekah dan melakukan beberapa perkara yg berkaitan dgn ibadat itu di sana: jemaah ~ rombongan orang yg pergi ke Mekah utk menunai­kan fardu haji. 2 gelaran bagi orang yg telah pergi menunaikan rukun Islam yg kelima di Mekah: ~ Khairuddin. ~ akbar ibadah haji yg wuqufnya jatuh pd hari Jumaat. ~ ifrad ibadah haji yg diikuti oleh ibadah umrah sebaik sahaja ibadah haji selesai dilaksanakan, dlm bulan haji. ~ mabrur ibadah haji yg sempurna dikerjakan dan diterima Allah kerana memenuhi segala rukun dan wajib haji. ~ mardud ibadah haji yg tidak diterima Allah dan tidak sah kerana ditunaikan dgn tidak sempurna (tidak memenuhi segala rukun dan wajib haji). ~ qiran ibadah haji dan umrah yg dikerjakan serentak dlm bulan haji, dan dikenakan dam. ~ tamatuk ibadah haji yg dikerja­kan setelah selesainya ibadah umrah pd bulan haji, dan dikena­kan dam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haji

Puisi
 

Burung haji terbang ke haji,
     Tapak Sulaiman di bawah tangannya;
Jika adinda mengubah janji,
     Melungsur iman dari badannya.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

300

The leopard does not change his spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Biarpun kucing naik haji, pulang mengeong juga

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard does not change his spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi biarpun kucing naik haji, pulang mengeong juga. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Bahasa Sukuan v2.0

KataTakrifBahasaTema
hajihajik.kedayan 
ajihajiTETAW 
naik~ haji naik hajik;kedayan 
jemaah~ haji jama'ah hajik;kedayan 
aji Ihaji.Melanau Mukah 
kapelkapal; ~ ajik kapal haji; ~ asap kapal asap; ~ besi kapal besi; ~ dageng kapal dagang; ~ kayou kapal kayu; ~ kukut, ~ kuriek kapal korek; ~ lelok kapal pemburu; ~ menului kapal pengantar; ~ menjaga kapal peronda; ~ mengasuor kapal pembinasa, kapal pemusnaMelanau Mukah 
tuad1 pergi; 2 ki meninggal dunia; ~ aji pergi haji; ~ pulek pergi balik; ~ siieng pergi dahulu;Melanau Mukah 
tabuongtabung; ~ adeang (teluong) tabung damak; ~ bulok tabung pekak; T~ Aji Tabung Haji; ~ subak tabung uji;Melanau Mukah 
rukun IIrukun; 1 dasar atau tiang agama Islam (syahadat, sembahyang fardu, zakat, puasa Ramadan dan mengerjakan haji); 2 dasar, pokok, asas, sendi: likou wak mengamel ~ demokrasi negara yg mengamalkan rukun demokrasi; 3 sst yg diharuskan, syarat; ~ iman rukun imaMelanau Mukah 

Kembali ke atas