Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tam] | کتم

Definisi : tertutup (terkatup) rapat-rapat atau kuat-kuat; ~ mulut terkancing mulut, kejang mulut; mengetam, mengetamkan mengetap, me­ngatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapat­-rapat; pengetam sj angkup atau penyepit, cunam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tam] | کتم

Definisi : ; mengetam menuai atau memotong padi dgn ani-ani dll: kerja menuai atau ~ dijalankan dlm bulan Februari apabila padi sudah masak; pengetaman perihal (perbuatan dsb) memotong padi (dgn pengetam), penuaian; pengetam sj pisau yg tidak berhulu (digunakan utk menuai padi), ani-ani, tuai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tam] | کتم

Definisi : sj alat utk melicinkan kayu (papan dll); jenis-jenisnya: ~ betina, ~ lidah, ~ panjang, dll; ~ golek sj ketam yg digunakan utk melicinkan bahagian tepi dan permukaan kecil kayu yg cembung; ~ pangkas sj ketam utk melicinkan hujung kayu secara melintang ira, biasanya sangat berguna utk membuat kerja pertu­kangan yg kecil; ~ pelicin sj ketam yg digunakan utk melicinkan permukaan kayu; berketam (telah) dilicinkan dgn ketam, diketam: papan tidak ~; mengetam melicinkan kayu dgn ketam; pengetaman 1. kerja mengetam (papan dsb); 2. tahi ketam, tatal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tam] | کتم

Definisi : , = pengetam pisau tidak berhulu utk menuai padi; tuai. mengetam memotong padi dgn ketam; menuai: Ayah turun ke sawah ~ padi. pengetaman perbuatan atau hal mengetam; penuaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tam] | کتم

Definisi : alat utk melicinkan kayu: ~ betina; ~ panjang. berketam (sudah) dilicinkan dgn ketam. mengetam melicinkan kayu dgn ketam. pengetaman 1 perbuatan atau hal mengetam. 2 tahi ketam; tatal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tam] | کتم

Definisi : binatang berkulit keras dan berkaki sepuluh (sepasang kaki yg di hadapan sekali agak besar dan merupakan sepitnya): ~ bangkang; ~ galah. ~ batu a. sj ketam. b. ki orang yg sangat kedekut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketam

Puisi
 

Ketam padi jerami tinggi,
     Ketam pula balik pulau;
Kalau tiada kami di sini,
     Siapa pula teman bergurau.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Manis udang,
     maka ketam direbus tak merah?

Bermaksud :

Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Bahasa Sukuan v2.0

KataTakrifBahasaTema
ketemketam; ~ alou ketam panjang; ~ besi ketam yg rumahnya drpd besi; ~ gulin ketam besi yg kecil dan panjang pemegangnya; ~ karen ketam elektrik; ~ lidah ketam lidah; ~ lidah tina ketam lidah betina; ~ padai ketam padi; ~ pisil ketam pensel; taei ~ tatal keMelanau Mukah 
buyouketam, Cancer spp.; ~ bakuong ketam jantan yg besar; ~ daat ketam yg berbintik-bintik pd kulitnya yg terdapat dlm laut; ~ tina ketam betina, sj ketam yg capingnya besar;Melanau Mukah 
ketamketam [kətəm]Melanau Dalat 
rumah III1 kayu atau besi utk menempatkan mata ketam, rumah ketam; 2 ki pasukan atau kumpulan dlm olahraga di sekolah dll: ~ putih rumah putih: ~ gaduong rumah hijau; 3 bahagian dlm susunan angka, ruang, kolum, rumah angka: ~ ja ruman sa; ~ peluen rumah puluh;Melanau Mukah 
utek IIlemak (bkn udeang, ketam, dll); ~ buyou lemak ketam; ~ udeang lemak udang;Melanau Mukah 
atip Isepit; 1 sst yg mengepit spt jari ketam: ~ buyou sepit ketam; 2 sst yg digunakan utk menyepit: ~ wakasek sepit pakaian; ~ buok sepit rambut; 3 penyepit bulu, catut: ~ bulou awek cabut bulu ketiak; 4 alat pemotong, pengetip: ~ silou pengetip kuku;Melanau Mukah 
ketam IIkatam (hidupan).kedayan 
ketam Ikatam (alat).kedayan 
muaong paraiketam padiTETAW 
meangsj ketam bersepit besar dlm famili Cancer yg membuat busut besar di kawasan lumpur bakau.Melanau Mukah 
123

Kembali ke atas