Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : adang-adang penyekat (yg me­misah­kan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tum­bang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan jangan­lah dicari-cari; sungguhpun kawat yg di­bentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguh­pun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju; mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adang I


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
screen<i> a Chinese ~ usually stands in front of the doorway,i> adang-adang buatan China biasanya diletakkan di hadapan pintu; <i>a nurse put a ~ around the patient’s bed,i> jururawat itu meletakkan skrin di keliling katil pesakit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
screen<i>ni> 1. <i>movable, upright structure, skrin,i> adang-adang: <i>the officers’ rooms are separated from one another by glass ~s,i> bilik-bilik pegawai itu telah disekat antara satu dgn yg lain dgn skrin kaca;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
carved<i>adji> 1. <i>fashioned by cutting, chiselling, etc,i> diukir: <i>~ wooden figures,i> patung-patung kayu yg diukir; 2. <i>adorned with cut design etc,i> berukir, dihiasi ukiran: <i>a ~ screen,i> adang-adang yg berukir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wind-break<i>ni> adang angin: <i>the trees planted round the house form a ~,i> pokok-pokok yg ditanam di sekeliling rumah itu menjadi adang angin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wind cheater<i>ni> jaket adang angin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
guard-rail<i>ni> rel adang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
leg before wicket<i>ni> kaki adang wiket.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
leg before wicket<i>ni> kaki adang wiket.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
smoke screen<i> n i> 1. adang asap; 2. <i> (fig.)i> tabir, penutup: <i> his business is just a ~ for his smuggling activity,i> perniagaannya semata-mata menjadi tabir bagi kegiatan penyeludupannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hoarding<i>ni> 1. <i>temporary fence,i> dinding adang; 2. <i>billboard,i> papan iklan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas