Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berderai-derai 1. ber-lanjutan atau berpanjangan dgn tidak teratur: sesekali terdengarlah gelak ketawa ~ drpd anak-anak muda yg sedang belajar bersilat; kita tidak mahu berkokok ~-derai sedangkan ekor bergelumang tahi; 2. dgn banyak dan tidak menentu (bkn buah, daun, dll yg gugur atau jatuh ke tanah); 3. berduyun-duyun dgn tidak teratur, berderet-deret tetapi tidak dgn teratur (bkn orang ramai yg meninggalkan sesuatu tempat): orang berderai-derai keluar dr gereja; 4. berbiji-biji, berbutir-butir, hancur atau pecah halus-halus (bkn tanah dll): buah bidara dlm bakul itu jatuh ~ ke tanah; ketul-ketul tanah itu hancur ~ dlm genggamannya; 5. (jatuh) bertitik-titik (bkn air mata dll), me­nitis (titik demi titik): bila tersentuh, air yg bermanik-manik itu jatuh ~ ke bumi; kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi prb orang yg bercakap besar sedang ke­luarganya melarat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berderai-derai berbunyi spt bunyi air (hujan) yg jatuh menitik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 gugur (bkn daun, buah dll) dgn banyak atau dgn tidak menentu. 2 berlanjutan atau berpanjangan dgn tidak teratur (bkn tertawa atau kokok): Mereka tertawa ~ melihat telatah badut dlm televisyen. 3 berbutir; berbiji; hancur: Mengapa nasi ini ~ saja? Tanah di situ ~ kerana kekurangan air. 4 bertitik-titik (air mata dll): Air matanya jatuh ~ kerana terlalu sedih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berderai

Puisi
 

Sudah berdebu berderai pula,
     Berderai sampai ke kota raja;
Sudah bertemu bercerai pula,
     Tinggallah tuan cahaya mata.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Dilihat si pulut,
     ditanak berderai.

Bermaksud :

Kelihatan seperti orang kaya, tetapi yang sebenarnya miskin.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
crumblevi 1. break into crumbs, berderai: the bread ~d when she tried to cut it, roti itu berderai apabila dia mencuba memotongnya; 2. also ~ away, disintegrate, a. (of material thing) pecah berderai: the walls are crumbling with age, tembok itu pecah berderai dimakan usia; b. (of non-material thing) hancur musnah: the great empires that have ~d, empayar agung yg telah hancur musnah; all his hopes ~d away, segala harapannya hancur musnah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fall~ apart, a. fall to pieces, jatuh /berderai, berkecai/; b. disintegrate, mengalami keretakan: their marriage was ~ing apart, perkahwinan mereka mengalami keretakan; c. separate, renggang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burst(of laughter, applause, etc) ledakan; (of violence) cetusan: a ~ of heavy rain, hujan lebat yg tiba-tiba turun mencurah-curah, c. violent expression, outburst, (of emotion) ledakan, meledak; (of tears) tiba-tiba berderai: a man given to ~s of rage, lelaki yg rasa marahnya sering meledak; d. spurt, sudden increase (in speed) pecutan; ~ of energy, tiba-tiba bertenaga; 3. volley of gunfire, tembakan yg /bertubi-tubi, berturut-turut/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pieceselepas mendaki Gunung Kinabalu, memanjat Bukit Bendera kacang saja; all of a ~, /sama, serupa/ sahaja: socialism and communism were all of a ~ in his view, pd pandangannya, komunisme dan sosialisme adalah sama sahaja; all of a ~ with st, consistent with, sejajar dgn sst: such conduct is all of a ~ with his upbringing, kelakuan begitu sejajar dgn cara dia dibesarkan; break to ~s, pecah /berderai, berkecai, bersepai/: the vase fell and broke to pieces, jambangan itu jatuh dan pecah berkecai; by the ~, berdasarkan kerja: they paid their workers by the ~,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dashvt 1. hurl, menghempaskan, membantingkan: she ~ed the glass to the floor, dia menghempaskan gelas itu ke lantai; a huge wave ~ed the boat against the cliff, ombak besar menghempaskan perahu itu ke tebing tinggi; 2. cause to break by striking, throwing, (act.) memecahkan; (pass.) pecah; (plants etc) merosakkan, membinasakan: the vase fell and was ~ed to pieces, jambangan itu terjatuh dan pecah berderai; seedlings ~ed by the rain, anak benih yg dirosakkan hujan; 3. knock, menghantukkan: he ~ed his head against the wall in anger, dia menghantukkan kepalanya ke dinding krn marah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fall~ asleep, tertidur; ~ dumb, menjadi bisu; ~ foul, clash, bertelingkah; ~ /ill, sick/, jatuh sakit; ~ on hard times, ditimpa kesusahan; ~ prey to, menjadi mangsa kpd; ~ short, a. fail to attain, tdk berhasil; (of missile) tdk mengena: our efforts have ~en short, usaha-usaha kami tdk berhasil; all the shots fell short, semua tembakan itu tdk mengena; b. be deficient, berkurangan: the food supply is ~ing short, bekalan makanan kian berkurangan; ~ short of, tdk mencapai: his results ~ short of expectations, hasilnya tdk mencapai jangkaan; ~ silent, menjadi senyap; ~ to o’s /lot, share/, menjadi kewajipan sso; ~ to pieces, jatuh /berkecai, berderai/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas