Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.yuh] | برکايوه

Definisi : 1. menggerakkan (menjalankan) perahu dsb dgn pengayuh: ia ~ dan mengumpil dan memakai kolek sahaja; pagi-pagi lagi Si Tenggang telah ~ perahunya pergi ke sebuah pulau; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): cepat-cepat ia ~ basikalnya; ~ sambil bertimba (ke hilir) prb dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak; (malu bertanya sesat jalan), malu ~ perahu hanyut prb kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan mem­buat kesilapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.yuh] | برکايوه

Definisi : 1 naik perahu dgn menggunakan pengayuh; berdayung: Mereka ~ lambat-lambat ke hulu sungai. 2 merengkuh pengayuh utk menggerakkan sampan dll; berdayung: Malu ~ perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. 3 naik basikal dgn memutarkan pengayuhnya. 4 memutarkan pengayuh utk menggerakkan basikal dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kayuh
Kata Terbitan : berkayuh, mengayuh, pengayuh,

Puisi
 

Nyiur berkayuh pantai berlaut,
     Jatuh sebutir membilang tandan;
Abang sebutir bermain laut,
     Adik tinggal membilang bulan.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berkayuh sambil bertimba.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, c. Sambil berdendang, biduk hilir, d. Sambil berdiang, nasi masak, e. Sambil menyelam minum air, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
row 2 n /berkayuh, berdayung/ perahu: the ~ across the lake took him two hours, berkayuh perahu menyeberangi tasik itu mengambil masa dua jam; it was a long ~ home, lamanya berkayuh perahu utk pulang; let’s go for a ~, mari kita pergi berkayuh perahu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pedalvi 1. move by working the pedals of a bicycle, berkayuh, mengayuh basikal: he ~led slowly up the hill, dia berkayuh perlahan-lahan menanjak bukit itu; 2. operate machine by pedalling, menginjak-injak pedal: if you ~ slower, you will not get so tired, jika kamu menginjak-injak pedal perlahan-lahan kamu tdk akan begitu letih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rowingn /berkayuh, berdayung/ perahu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stream 2. current of water etc flowing in a particular direction, arus: rowing against the ~ was hard work, berkayuh menyongsong arus memang susah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas