[ce.ngang] | چڠڠ
Definisi : ; bercengang, bersicengang hairan, kehairanan: ~ semua orang di keliling melihat mereka berkelahi; mencengangkan menimbulkan rasa hairan, terkejut bercampur pelik (kerana melihat sesuatu kejadian yg luar biasa atau di luar dugaan dsb): kebolehan luar biasa kanak-kanak itu ~ orang ramai; tercengang, tercengang-cengang berasa kehairan-hairanan, terkejut bercampur pelik (sehingga mata terbuka luas dan mulut ternganga): mereka ~ apabila seorang anggota polis menghampiri mereka dan meminta kad pengenalan mereka; mentercengangkan menyebabkan tercengang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ce.ngang] | چڠڠ
Definisi : ; tercengang, tercengang-cengang ternganga kerana kehairanan; kagum: Pak Kaduk ~ melihat cantiknya ikan emas pd joran kail itu. mencengangkan menimbulkan rasa hairan; menghairankan; mengagumkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)