Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = ~ muka kaca (biasanya dicat dgn raksa dll di bahagian belakangnya) utk melihat rupa muka sendiri, kaca muka: ia menggantungkan ~ itu di dlm bilik tidur; 2. kaca, gelas: ia menjengah-jengahkan mukanya ke tempat lauk-pauk yg dilingkungi ~ tebal; 3. ki = ~ perbandingan sesuatu yg dijadikan contoh (pelajaran, teladan) utk diikuti dll: tingkah laku seseorang guru itu menjadi ~ bagi murid-murid; 4. ki sesuatu yg menggambarkan (membayangkan) keada­an lahir atau batin (spt perasaan, fikiran, dll): sastera ialah ~ masyarakat tempat ia diciptakan; ~ bantal cermin kecil pd bantal seraga; ~ cekung cermin yg melengkung ke dlm; ~ cembung cermin yg melengkung ke luar spt bahagian luar bola; ~ mata kaca mata; ~ melengkung cermin yg cekung (cembung); ~ pembesar kanta yg digunakan utk melihat sesuatu dgn lebih besar; ~ penghidupan se­suatu yg boleh menjadi contoh (teladan, pe­lajaran) utk hidup; ~ sisi cermin yg dipasang­kan pd sisi kanan atau pd kedua-dua sisi kenderaan (utk membolehkan pemandunya melihat kenderaan yg datang dr belakang); ~ tangan cermin kecil yg mempunyai tangkai pemegang; ~ telinga Id alat utk melihat dlm telinga; ~ terus sl cermin yg digunakan oleh tukang tilik (jurutenung) utk mengetahui atau meramalkan sesuatu; ~ wasiat cermin yg sakti atau hikmat; buruk muka ~ dibelah prb kerana kesalahan sendiri, orang lain yg dipersalahkan; bercermin 1. melihat muka sendiri dlm cermin (air jernih dll): ia memakai pakaian sambil ~; 2. memakai cermin, ada cerminnya, berkaca: almari pakaian biasanya ~; ~ mata memakai cermin mata; 3. ki mengambil teladan (contoh, pelajaran): kenapa kita mesti ~ kpd orang jahat; 4. ki meneliti, memeriksa; ~ bangkai mendapat (menanggung) malu; jangan ~ di air keruh prb jangan diturut teladan yg buruk; mencermini melihat pd cermin (supaya dapat melihat muka sendiri dll): bukan dicermini mukanya dahulu; mencerminkan membayangkan sesuatu yg lahir atau batin (spt sesuatu keadaan, per­golakan, perasaan, sikap, dll), menggam­barkan: akhbar tersebut ~ dasar luar Filipina; muzik dapat ~ perasaan sedih, gembira, dll; mempe(r)cermin 1. menggunakan sesuatu sbg cermin; 2. = mempercerminkan selalu melihat (menyaksikan): hatinya telah kian renggang drpd nafsu kpd wang berbilang, kpd pangkat kehormatan yg selalu dipercerminkan drpd Tuan Direktornya; tercermin tergambar, terbayang: drpd ciptaan seninya yg bersungguh-sungguh itu, ~lah seluruh pergolakan jiwanya; cerminan gambaran, bayangan: ketiga-tiga watak ini memang dimaksudkan sbg ~ setengah-setengah manusia; pencerminan perihal mencerminkan: begitu juga karyanya lebih mementingkan unsur ~ sosial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = ~ muka kaca yg diguna­kan utk melihat bayang diri sendiri; kaca muka: Ia membawa bedak, sisir dan ~ kecil dlm begnya. 2 benda keras yg mudah pecah dan biasanya jernih, lejas atau lesam dan dpt digunakan utk membuat penutup tingkap dsb; gelas; kaca: Bilik pegawai itu berdindingkan ~. 3 = ~ mata kaca yg diberi berbingkai dan dipakai utk menambah daya penglihatan dsb; kaca mata. 4 ki sesuatu yg menggambarkan (membayangkan) keadaan sesuatu: Sastera ialah ~ masyarakat pd sesuatu zaman. ~ cekung cermin yg melengkung ke dalam. ~ cembung cermin yg melengkung ke luar. ~ seraga cermin yg dipasang pd bantal seraga. bercermin 1 melihat bayang diri sendiri dlm cermin. 2 memakai cermin; ada cermin pdnya; mempunyai cermin: Almari itu ~. ~ bangkai ki mendapat malu. mencerminkan membayangkan se­suatu keadaan; menggambarkan: Jumlah kaum yg diambil bekerja itu hendaklah ~ imbangan peratus drpd jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. tercermin terbayang; tergambar: Pergolakan jiwanya ~ dlm lukisannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cermin I

Puisi
 

Bawa tombak bawa cermin,
     Rendang lada simpul pulih;
Tengok gambar dalam cermin,
     Sungguh ada nak ambil tak boleh.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Datar bak lantai papan,
     licin bak dinding cermin.

Bermaksud :

Keputusan yang sangat adil.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
spectacles<i> n i> cermin mata: <i> he can’t read without ~,i> dia tdk dapat membaca tanpa memakai cermin mata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
illusion<i>ni> 1. <i>false appearance or interpretation of sensuous impression,i> [<i>various translationsi>]; (<i>techi>) ilusi: <i>the clever arrangement of mirrors gives an ~ of space to the narrow hall,i> cermin-cermin yg diatur dgn baik menyebabkan dewan yg sempit seolah-olah kelihatan luas; <i>when they had travelled another mile or so, they realized that the lake had been an optical ~,i> setelah berjalan lebih kurang sebatu dua, mereka sedar bahawa tasik itu hanyalah maya; <i>the world as we conceive it may be an ~,i> dunia yg ita gambarkan ini mungkin sebuah ilusi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Polaroid<i> n i>(<i> tdmki>) 1. (<i>substancei>) Polaroid; 2. (<i>sunglassesi>), /cermin, kaca/ mata Polaroid: <i>a pair of ~si>, sepasang cermin mata Polaroid.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mirror<i>ni> 1. <i>glass coated with metal film on one side,i> cermin: <i>the bride viewed herself in the full-length ~,i> pengantin itu melihat dirinya dlm cermin panjang; <i>the taxi-driver kept glancing at his passenger through the ~,i> pemandKamus Inggeris-Melayu Dewan
mirror image<i>ni>1. <i>reversed image,i> /imej, bayangan/ cermin: <i>the photograph has been reversed, so what you’re looking at is a ~,i> gambar itu sudah terbalik, jadi apa yg kamu lihat ialah imej cermin; 2. <i>st identical or very similar,iKamus Inggeris-Melayu Dewan
gentledahan menyentuh cermin tingkap; give so. a ~ /push, nudge, etc/, /menolak, menyigung, dll/ sso dgn perlahan: <i>she gave her friend a ~ nudge with her elbowi>, dia menyigung kawannya dgn perlahan; 4. <i>mildi>, a. (<i>of wind, breezei>) sepoi-sepoi (bahasa); b. (<i>of raini>) renyai(-renyai); 5. <i>not steepi>, landai: <i>~ slopesi>, cerun yg landai; 6. <i>not severe, not hurtfuli>, lembut: <i>his ~ criticism of the book was welcomedi>, kritikannya yg lembut thdp buku itu dialu-alukan; <i>even a ~ reproach makes her cryi>, teguran lembut sekali pun membuat dia menangis; <i>~ teasingi>, usikan lembut; 7. <i>slow, moderatei>, perlahan: <i>she cooked the rice over a ~ firei>, dia memasak nasi di atas api yg perlahan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
windscreen<i>ni> cermin depan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sunglasses<i> n i> /cermin, kaca/ mata hitam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
monocle<i>ni> cermin mata satu kanta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lorgnette<i>ni> cermin mata bertangkai satu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas