Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ri] | ديري

Definisi : 1 orang seorang; empunya badan: Malang betul nasib ~ku ini, duit habis harta tak ada. 2 badan sendiri (bukan orang lain): membunuh ~; menyerah ~. memohon ~ meminta izin hendak keluar atau pulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[di.ri] | ديري

Definisi : ; berdiri 1 bangkit dan tegak di atas kaki (tidak duduk, tidak baring dll): Murid-murid semua ~ apabila guru masuk. 2 tegak (sama ada ditanam atau disokong, ditopang dll). 3 (telah) ditubuhkan; (telah) ada: MARA telah ~ sejak tahun 1965 lagi. ~ atas berasaskan (berdasarkan) sesuatu; berdasar pd: Sekolah itu ~ atas sokongan ibu bapa. ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd bantuan orang lain; berdikari. mendirikan 1 menjadikan atau membuat supaya berdiri; menegakkan: Ia telah ~ tiang pagar yg condong itu. 2 membangunkan atau membina (rumah, bangunan dll): Ia sudah ~ sebuah rumah batu. 3 menubuhkan sesuatu perkumpulan (persatuan dll): Mereka berusaha ~ syarikat kerjasama di kampung-kampung. ~ rumah tangga berkahwin. terdiri 1 (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2 (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3 (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. ~ atas ditubuhkan atau dibentuk dgn berdasarkan sesuatu (prinsip, asas dsb): Undang-undang negara ~ atas prinsip keadilan sosial. ~ di atas didirikan atau ditegakkan di atas sesuatu: Rumahnya ~ di atas bukit. ~ drpd terjalin atau terbentuk drpd beberapa unsur: Penduduknya ~ drpd berbagai-bagai bangsa. pendirian 1 pegangan (bkn fahaman, pendapat dll) utk menimbang atau menilai sesuatu hal: Kita mestilah mempunyai ~ hidup yg tegas. 2 perihal atau perbuatan mendirikan: ~ kelab itu dibiayai oleh ahli-ahlinya sendiri. berpendirian mempunyai pendirian; berpegang teguh pd sesuatu pendirian: Saya ~ bahawa rajin dan usaha itu tangga kemajuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diri

Puisi
 

Bunga melur setangkai diri,
     Anak udang dari Patani;
Tidur malam seorang diri,
     Aku tak tahu selama ini.


Lihat selanjutnya...(129)
Peribahasa

Menganjungkan diri bagai sepasin.

Bermaksud :

Meninggikan diri.

 

Lihat selanjutnya...(161)

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
suiciden 1. killing oneself deliberately, pembunuhan diri, membunuh diri: lonely and unhappy, the girl attempted ~, krn kesepian dan tdk bahagia, gadis itu cuba membunuh diri; it was a case of ~ by hanging, ini satu kes membunuh diri dgn menggantung diri; commit ~, membunuh diri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
self-possessionn penguasaan diri, dapat menguasai diri: even under stress, he did not appear to lose his ~, walaupun dlm keadaan tertekan dia kelihatan dapat menguasai diri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
self-satisfactionn (rasa) puas dgn diri sendiri, puas diri: he was a pompous man, full of ~, dia seorang yg angkuh, terlalu puas dgn diri sendiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
self-imposedadj dibebankan pd diri sendiri: a ~ task, tugas yg dibebankan pd diri sendiri; ~ restrictions, sekatan-sekatan yg dibebankan pd diri sendiri; ~ exile, sendiri membuang diri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
self-defencen pertahanan diri; in ~, utk mempertahankan diri: he swore he only picked up the knife in ~, dia bersumpah bahawa dia mengambil pisau itu hanya utk mempertahankan diri; art of ~, seni mempertahankan diri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
suicide2. person who commits suicide, pembunuh diri, (orang yg) membunuh diri; 3. action that destroys o’s own interests, tindakan memusnahkan: he is committing political ~ by advocating such policies, dia melakukan tindakan memusnahkan kerjaya politiknya dgn menyokong dasar-dasar demikian.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
self-examinationn meneliti diri sendiri: ~ helps us to know ourselves better, meneliti diri sendiri membantu kita mengenal diri dgn lebih baik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cry~ off, menarik diri: he had volunteered to help but cried off at the last moment, dia menawarkan diri utk menolong tetapi menarik diri pd saat-saat akhir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
humbleadj 1. having, showing a modest opinion of os, rendah /hati, diri/, suka merendahkan diri: he remained ~ in spite of his success, dia tetap rendah hati walaupun sudah berjaya; 2. lowly, poor, hina, daif: I’m just a ~ fisherman, saya hanyalah nelayan yg hina; no task was too ~ for him, tdk ada pekerjaan yg terlalu hina baginya; of ~ /birth, origin, stock/, berketurunan rendah; 3. unpretentious, sederhana: ~ fare, makanan yg sederhana; my ~ home, rumah saya yg sederhana; 4. (indic an unassuming attitude, state of mind) dgn rendah hati: my ~ apologies, dgn rendah hati saya meminta maaf;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unselfishadj tdk mementingkan diri: there are very few ~ people, tdk ramai orang yg tdk mementingkan diri; I’m sure his motives are ~, saya pasti tujuannya tdk mementingkan diri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas