Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.gat] | ݢوݢت

Definisi : ; menggugat 1. mendakwa, mengadukan (perkara) kpd mahkamah; ~ pusaka mengadukan perkara pusaka kpd mahkamah; 2. mendesak supaya menepati janji, membangkitkan perkara yg sudah-sudah, mengkritik dgn keras, mencela, membantah, menyanggah: ahli Dewan Rakyat itu digugat oleh ahli-ahli partinya kerana tidak menepati janji; tergugat digugat: ketenteraman masyarakat telah ~; gugatan dakwaan, tuntutan, celaan, sanggahan; penggugatan perihal atau perbuatan menggugat; penggugat orang yg menggugat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.gat] | ݢوݢت

Definisi : Id goncangan; menggugat menggoncang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.gat] | ݢوݢت

Definisi : ; menggugat 1 mengadukan sesuatu hal kpd mahkamah; menuntut di mahkamah; mendakwa: Jika hendak ~ orang, kita mesti mempunyai bukti-bukti yg nyata. 2 membangkit-bangkit perkara yg sudah-sudah; menuntut supaya ditepati janji dll; mencela dgn keras: Rakyat jelata telah ~ wakil-wakil mereka ke Parlimen kerana tidak menepati janji. penggugatan perbuatan atau cara menggugat. penggugat orang yg menggugat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[gu.gat] | ݢوݢت

Definisi : ; menggugat menjadikan keadaan (kedudukan dll) berubah atau tidak tetap; menggoncangkan; menggoyangkan: Kehadiran pelumba baru itu telah ~ kedudukannya sbg pelari yg paling pantas. tergugat menjadi tidak teguh atau tidak tetap: Jawatannya sbg ketua di situ telah ~ kerana dia tidak menjalankan tugasnya dgn betul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gugat


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cast-ironadj 1. besi tuang; 2. (fig.) tdk boleh diganggu gugat (lagi): a ~ decision, keputusan yg tdk boleh diganggu gugat lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stability n kestabilan; (of structure) kekukuhan: the writer claimed that these factors are undermining the political ~ of the country, penulis itu mendakwa bahawa faktor-faktor ini mengganggu-gugat kestabilan politik negara tersebut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas