Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.gur] | ݢوݢور

Definisi : 1. jatuh, luruh (buah dll): buah yg tak ~-~; 2. jatuh sebelum masak (buah-buahan); 3. lahir sebelum cukup bulan (anak kecil): anak ~; 4. runtuh (tanah dll); 5. mati (terkorban) dlm pertempuran: telah banyak pahlawan Kedah yg ~; 6. hilang, habis (hak dll): kalau sesebuah negara tidak membayar hutangnya sampai dua tahun lamanya akan ~ haknya utk mengundi dlm majlis perhimpunan agung; ~ hati jatuh hati, jatuh cinta; ~ talak jatuh talak (diceraikan); bunga ~, putik pun ~ prb setiap yg hidup akan mati (dgn tidak memandang umur); berguguran gugur dgn banyaknya: papan dinding rumahnya ~ jatuh berkeping-keping kerana sudah tua; menggugurkan 1. menjatuhkan: risalah-risalah digugurkan dr kapal terbang; 2. mengeluarkan anak sebelum cukup bulan (dgn sengaja): dgn diam-diam anak yg dlm kandungannya digugurkan; 3. mengeluarkan drpd (tidak memasukkan ke dlm) pasukan dll: Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan ~ lima pemain drpd skuad Piala Malaysia Kelantan tahun ini; 4. tidak menggunakan, meniadakan atau menghilangkan (drpd penggunaan): dlm situasi ini tiap-tiap penutur ~ ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan sebaliknya berusaha menggunakan ciri-ciri bahasa yg difikirkan lebih umum; contoh-contoh tersebut memperlihatkan bahawa kata sendi sama ada di, dari, ke, daripada, ataupun oleh tidak boleh digugurkan; 5. tidak meneruskan lagi (tuntutan dsb), tidak terus menuntut;keguguran 1. mengalami gugurnya (daun dll): pokok ceri yg sedang ~ daun; 2.melahirkan anak sebelum cukup bulan (dgn tidak sengaja): isterinya ~;pengguguran perihal (perbuatan, tindakan,dsb) menggugurkan: ~ kata ‘dari’ pd ayat contoh membuat ayat tersebut menjadi tidak gramatis; ~ tuntutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.gur] | ݢوݢور

Definisi : 1 jatuh dr pohon (ttg buah, daun dsb); luruh: Buah durian sudah mula ~. 2 lahir sebelum masanya (ttg anak dlm kandungan dan anak tsb meninggal dunia). 3 mati (terkorban) dlm peperangan: Dlm pertempuran itu, seorang tentera kita telah ~. 4 hilang (ttg hak): Seseorang itu akan ~ keahliannya jika ia tidak menjelaskan yuran tiga bulan berturut-turut. ~ hati terpikat pd seseorang; jatuh cinta pd seseorang; jatuh hati. ~ talak menjadi bercerai kerana dilafazkan cerai (didapati sabit oleh kadi dsb). berguguran gugur dgn banyaknya: Daun kering ~. menggugurkan 1 menyebabkan gugur; menjatuhkan: Seekor kera sedang ~ buah jambu ke dlm sungai. 2 sengaja mengeluarkan anak dr kandungan sebelum cukup tempohnya (lalu anak tsb meninggal dunia). 3 tidak dibenarkan utk terus menyertai sesuatu pasukan (pertandingan dll): Pemain itu telah digugurkan drpd pasukannya kerana enggan mengikuti latihan. keguguran 1 melahirkan anak sebelum masanya dgn tidak sengaja dan anak tsb meninggal dunia. 2 mengalami kejadian gugur (daun, buah dsb): Pokok-pokok itu ~ daun. 3 hal gugur (terkorban, lucut keahlian dsb): ~nya sbg ahli persatuan itu merupakan satu kehilangan. pengguguran perihal atau perbuatan menggugurkan: ~ huruf p pd awal perkataan itu adalah mengikut peraturan yg ditetapkan. ~ hak atau tuntutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gugur

Puisi
 

Hendak gugur gugurlah nangka,
     Jangan menimpa si ranting pauh;
Hendak tidur tidurlah mata,
     Jangan teringat orang yang jauh.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Mumbang jatuh (= runtuh),
     kelapa jatuh (= runtuh).

Bermaksud :

Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga gugur putik pun gugur).

 

Lihat selanjutnya...(9)

34

Death is better than disgrace

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Death is better than disgrace. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
windfalln 1. buah gugur: ~s are not suitable for making jam, buah gugur tdk sesuai utk dibuat jem; 2. (fig.) durian runtuh: he is lucky to get a ~, dia beruntung mendapat durian runtuh; the lottery win was a ~ for him, menang loteri itu merupakan durian runtuh baginya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shed 2 vt 1. cast off, a. (hair, leaves, etc) gugur, luruh: in autumn, trees ~ their leaves, dlm musim luruh, daun-daun gugur; b. (skin) bersalin: snakes ~ding their skin, ular bersalin kulit; c. (teeth, horn) tanggal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
readyhendak gugur; 7. easily available at hand, tersedia: he slept with his pistol ~, dia tidur dgn pistolnya tersedia; there’s a ~ market overseas for handicrafts, ada pasaran tersedia utk kraftangan luar negeri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
autumnaladj musim /luruh, gugur/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
autumnn (season) musim /luruh, gugur/: in the ~ of 1940, pd musim luruh tahun 1940; ~ fashions, fesyen musim luruh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dropvi 1. drip, menitik, menitis; 2. fall, a. (gen) jatuh: a flower-pot ~ped on his head, pasu bunga itu jatuh di atas kepalanya; b. (of leaves, fruits, bombs) gugur, jatuh: the leaves are beginning to ~, daun-daun mula gugur; 3. collapse, rebah: he will work till he ~s, dia akan bekerja sehingga dia rebah; 4. die, gugur: he saw his comrades ~ping all around him, dia melihat rakan-rakannya gugur di sekelilingnya; 5. decrease, fall, jatuh, turun: tin prices ~ped last year, harga bijih timah jatuh tahun lalu; 6. become softer, menjadi perlahan: his voice ~ped, suaranya menjadi perlahan; 7. abate, reda: the wind has ~ped, angin sudah reda; 8. cease, terputus: we’ve let the correspondence ~, kita telah membiarkan hubungan surat-menyurat terputus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
autumnal equinoxn ekuinoks musim /luruh, gugur/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Indian summern musim panas pd hujung musim gugur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bite/~, kiss/ the dust, (rhet) die, gugur; ~ off more than one can chew, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga; ~ o’s lips, mengetap bibir; ~ so’s head off, menengking sso; ~ the hand that feeds one, mengkhianati orang yg menolong sso; be bitten with, mabuk, gila: he had been bitten with a love of motorcycles, dia gila motosikal; could have bitten o’s tongue off, menyesal krn /terlepas, terlanjur/ cakap; what’s biting you, (colloq) apa kenanya awak ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
service a man who died in the ~ of his country, lelaki yg gugur semasa berbakti kpd negaranya; 7. fighting that so. does as a soldier, terlibat dlm pertempuran: he joined the army and saw ~ in India, dia masuk tentera dan terlibat dlm pertempuran di India;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas