Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ki.kat] | حقيقت

Definisi : Ar sesuatu yg tidak dapat ditiadakan atau dinafikan kebenaran, kenyataan: kita tidak dapat menafikan ~ bahawa manusia semakin hari semakin saling bergantungan antara satu sama lain; pd ~nya sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya kemunduran itu adalah akibat kemiskinan; syariat palu-memalu, ~ balas-membalas prb Mn kebaik­an hendaklah dibalas dgn kebaikan; menghakikatkan menjadikan hakikat ba­ha­wa: seseorang yg telah menerima dan mengaku dgn kerelaan hati dan ~ Allah sbg Tuhannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ki.kat] | حقيقت

Definisi : sesuatu yg sudah nyata dan tidak dpt dinafikan lagi; kebenaran; kenyataan: Kita mengetahui ~ bahawa manusia memerlukan makanan utk hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hakikat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kenyataan, kebenaran, kehakikian, yang nyata, yang sebenarnya, yang hakiki.,

Peribahasa

557

There’’s no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Lain orang lain pendapat.

I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan lain orang lain pendapat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(35)