Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ke.ba.lan] | ککبلن

Definisi : 1. perihal tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll): ~ seorang pendekar; 2. (Udg) perihal boleh dilindungi atau dikecualikan drpd sesuatu pendakwaan (hukuman, tindakan dsb), imuniti: mahkamah itu memutuskan bahawa perlembagaan Amerika tidak memberikan apa-apa ~ kpd seorang presiden; ~ raja-raja; ~ diplomatik kebebasan yg diberikan kpd dip­lomat asing drpd didakwa di mahkamah; ~ raja konsep yg menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dibawa terhadap raja kecuali di bawah Perkara 183 Perlem­bagaan Persekutuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ke.ba.lan] | ککبلن

Definisi : keadaan kebal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekebalan


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
immunityn 1. protection (from disease etc) keimunan, lali; 2. (leg.) kekebalan: ~ from jurisdiction, kekebalan drpd bidang kuasa; 3. special privilege that grants exemption, kekebalan: diplomatic ~, kekebalan diplomatik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
diplomatic immunityn kekebalan diplomatik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
presumptionn 1. improper behaviour, (perbuatan) memandai-mandai: she had the ~ to flatly contradict a world authority on the subject, dia memandai-mandai menentang pakar dlm perkara itu; 2. assumption, anggapan, andaian: that was merely your ~, itu cuma anggapan kamu; a newspaper report based on false ~s, laporan akhbar yg berdasarkan anggapan yg salah; 3. (leg.) anggapan: ~ of immunity from arrest, anggapan kekebalan drpd ditangkap; ~ of innocence, anggapan ketakbersalahan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas