Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.po.si.si] | کومڤوسيسي

Definisi : 1. gubahan, ciptaan, karangan: novel yg baik ~nya tidak membosankan; 2. teknik (cara) menyusun dan menjalin sesuatu karangan atau ciptaan hingga menjadi hasil karya sastera atau seni yg sempurna; 3. baha­gian-bahagian yg terjalin menjadi sesuatu yg lengkap, bahagian-bahagian drpd sesuatu kesatuan, jalinan bahagian-bahagian pd sesuatu keseluruhan: Kota Kinabalu juga menjadi bandar yg seimbang ~ penduduknya antara penduduk peribumi dan bukan peribumi; mengomposisikan menggubah, mencipta, mengarang: akan kukomposisikan sebuah lagu dan kunyanyikan sepanjang hidupku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.po.si.si] | کومڤوسيسي

Definisi : campuran atau gabungan bahan utk membentuk sesuatu bahan lain: ~ bahan itu ditunjukkan dgn formula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
komposisi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan gubahan: ciptaan, karangan,

2. Bersinonim dengan bahagian: komponen

Kata Terbitan : mengkomposisi,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
compositionn 1. act of composing, a. (literary work) mengarang; b. (song, music, etc) penggubahan; c. (printing) penyusunan huruf; 2. st composed, a. (work of art) gubahan; b. (song, music, etc) gubahan; c. (essay) karangan, esei; 3. constituent parts, kandungan, komposisi; (of a body of people) komposisi: to analyse the ~ of the soil sample, menganalisis kandungan sampel tanah; the ~ of the working commitee, komposisi jawatankuasa kerja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas