Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang yg kecil, berbulu lembut dan tebal, dipelihara sbg binatang kesayangan, biasanya utk menangkap tikus, Felis catus (F. domesticus); ~ belanda sj binatang mengerip (mengunggis), arnab, kelinci; ~ batu sj kucing liar, Felis bengalensis; ~ emas = ~ tulap, Felis temminckii; ~ hutan sj kucing liar, Felis planiceps; ~ jalang kucing yg terbiar (tidak dipelihara); ~ kerung Kl a) kucing yg kuat (keras) bunyinya; b) ki orang yg berani dan ganas; ~ kurap ki orang yg dipandang hina; ~ negeri kucing yg dipelihara orang; ~ pekak (tuli) sj perangkap tikus; (menantikan) ~ bertanduk prb menantikan perkara yg tidak mungkin berlaku; ~ lalu, tikus tiada berdecit lagi prb apabila orang yg ditakuti datang maka diamlah mereka yg bising; ~ melompat, orang terkejut drpd tidurnya, ayam berkokok hari pun siang prb kesusahan dan kesukaan orang yg terasa sampai kpd kita; anak ~ menjadi harimau prb perihal anak orang miskin menjadi kaya atau anak rakyat menjadi orang besar atau anak orang bodoh menjadi pandai; bagai ~ dgn panggang prb dikatakan kpd laki-laki dan perempuan yg selalu berdekatan serta lambat-laun terjadi juga perkara yg sumbang; bagai ~ dibawakan lidi prb terlalu (amat) ketakutan; bagai ~ kehilangan anak prb peri­hal orang yg hilang akal atau kebingungan; bagai ~ lepas senja prb a) susah (sukar) hendak dicari; b) berasa lapang (senang); bagai ~ main daun perihal kehebatan rupa dll seseorang (pahlawan); bagai ~ menjemput api prb yg diusahakan tidak berhasil sedangkan alat dlm pengusahaan itu hilang pula; bagai ~ takut akan balur prb laki-laki yg takut atau malu kpd perempuan; bagai ~ tidur di bantal prb perihal kehidupan yg senang dan mewah; bagai mengail ~ hanyut prb perbuatan yg sia-sia; berburu ~ di dapur prb perihal anak muda dan gadis yg tinggal serumah dan membuat perhubungan haram; biar pun ~ naik haji, pulangnya mengeong juga prb pem­bawaan atau tabiat seseorang tidak dapat diubah; duduk spt ~, melompat spt harimau prb perihal orang yg pendiam tetapi cepat dan tangkas membuat sesuatu; kalau ~ tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi prb orang besar yg hilang martabatnya (pang­katnya) tidak disegani orang lagi; membeli ~ dlm karung prb membeli sesuatu dgn tidak melihatnya; memukul ~ di dapur prb meng­aniaya sanak saudara atau orang yg karib dgn kita; mengadu ~ dgn babi prb bermain ceki; spt ~ berakkan rambut prb keluh-kesah kerana kesakitan atau gelisah kerana sesuatu kesusahan; spt ~ biang prb berkeluh-kesah; spt ~ di atas tampuk prb perihal orang yg mempunyai dua tugas dan tiada tahu yg mana harus diberikan perhatian; spt anjing dgn ~ prb selalu berkelahi (bergaduh); terkejar-kejar bagai ~ jatuh anak prb tergopoh-gopoh (tergesa-gesa) kerana sesuatu kesusahan; kucing-kucing, kucing-kucingan otot di lengan atau di kaki; berkucing-kucing 1. sj permainan kanak­-kanak; 2. ki berlaku sumbang (laki-laki dan perempuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kucing I

Puisi
 

Ambil limau di tepi beting,
     Beting ada di kebun limau;
Kalau rimau gurunya kucing,
     Kenapa kucing takutkan rimau?


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Terkejar-kejar bagai kucing jatuh anak.

Bermaksud :

Tergopoh-gopoh dengan tidak keruan. (Bandingkan dengan: Seperti kucing keguguran anak).

 

Lihat selanjutnya...(45)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
feral<i>adj i> (<i>fmli>) <i>wild,i> jalang: <i>~ cats,i> kucing-kucing jalang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unwanted<i>adji> tdk dikehendaki: <i>a home for ~ cats,i> tempat tinggal bagi kucing-kucing yg tdk dikehendaki; <i>she felt alone and ~,i> dia rasa keseorangan dan tdk dikehendakiKamus Inggeris-Melayu Dewan
cat<i>ni> 1. <i>small, four legged furry animal with whiskers and claws,i> kucing; 2. <i>animal belonging to family which includes tigers, lions, etc,i> jenis kucing; (<i>attribi>) kucing: <i>the ~ family,i> keluarga kucing;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uncared-for<i>adji> terbiar: <i>the children looked dirty and ~,i> budak-budak itu kelihatan kotor dan terbiar; <i>the house has an ~ appearance,i> rumah itu kelihatan terbiar; <i>~ cats,i> kucing-kucing yg terbiar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
catlike<i>adji> spt kucing: <i>to walk with a ~ tread,i> berjalan dgn langkah spt kucing.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cony, coney<i>ni> 1. <i>rabbit,i> arnab, kucing belanda, kelinci, terwelu; 2. <i>rabbit fur,i> bulu /arnab, kucing belanda, kelinci, terwelu/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pull~ /so., st/ about, menarik-narik /sso, sst/: <i>don’t ~ the kitten about like that, you’ll hurt iti>, jangan tarik-tarik anak kucing begitu, nanti sakit anak kucing itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
neuter<i>ni> 1. (<i>gram.i>) bentuk neutral; 2. <i>castrated animal, approp ni> + /kembiri, kasi/: <i>the neighbour’s cat is a ~i>, kucing jiran saya kucing kasi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coyness<i>ni> 1. <i>shyness, demureness,i> sifat malu-malu; 2. <i>pretended shyness, sifat malu-malu kucing: <i>he found her ~ irritating,i> dia mendapati sifat malu-malu kucing gadis itu menjengkelkan; 3. <i>reticence,i> sifat tdk banyak bercakap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tabby<i>ni> kucing belang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas