[lén.cong] | لينچوڠ
Definisi : (léncong); melencong 1. tidak mengikut arah yg betul, menyimpang dr arah yg asal, menyerong: tiba-tiba Nor ~ ke kiri dan aku ~ ke kanan; 2. menyimpang drpd tujuan (maksud) yg asal, menyeleweng, tersesat: di sini saya telah ~ sedikit kerana hendak menjelaskan betapa mustahaknya undang-undang itu; melencongkan menjadikan melencong atau menghalakan sesuatu ke arah lain, menyimpangkan: mereka akan ~ jalan; terlencong menyimpang dgn tidak sengaja drpd dasar, arah tujuan dsb yg asal atau sebenarnya, terbabas: ketiadaan maklumat dan kelengkapan pelayaran juga menyebabkan nelayan asing ~ ke perairan negara kita; lencongan jalan dsb yg melencong dr jalan asal yg dibaiki dsb; pelencongan perihal melencong atau melencongkan: ada beberapa ~ berlaku ketika novel ini ditulis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lén.cong] | لينچوڠ
Definisi : /léncong/; melencong 1 menyimpang dr arah yg asal; tidak mengikut jalan yg lurus: Kerana angin kencang, kapal itu telah ~ ke barat. 2 menyimpang drpd maksud atau tujuan yg asal. melencongkan menjadikan menyimpang dr arah yg asal: Anak sungai perlu diempang utk ~ airnya masuk ke kolam. terlencong terbabas. lencongan jalan atau laluan yg dilencongkan dr jalan asal yg dibaiki dsb: Pemandu dinasihati supaya hati-hati di ~ yg baru dibuat itu. pelencongan perihal, perbuatan dsb melencong atau melencongkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)