Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (lénggang) 1. pergerakan tangan ke hadapan dan ke belakang ketika berjalan, ayunan tangan ketika berjalan: ia berjalan dgn ~ yg lemah lembut; 2. pergerakan mengayak-ayak atau berbuai-buai (kapal dimainkan gelombang dll); ~ kangkung a) pergerakan berayun-ayun yg lemah lembut; b) hidup atau duduk bersenang­senang (tiada apa yg dikhuatirkan); ~ patah tujuh pergerakan ketika berjalan dlm hutan (utk mengelakkan dr pokok-pokok, duri, dll); ~ perut istiadat membetulkan kedudukan anak dlm perut (bagi perempuan yg hamil sulung apabila telah tujuh bulan mengandung); ~ bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu prb orang yg tidak sedarkan kekurangan diri; ~ -lenggok bagai cupak hanyut = ~ patah sembilan prb gaya jalan yg lemah lembut dan menarik; elok ~ di tempat datar prb bersuka-­suka biarlah pd tempat dan waktunya; harap ~ serdadu, destar teleng belanja kurang prb cakap sahaja yg lebih tetapi buktinya tidak ada; tak berasak ~ dr ketiak prb tidak berubah­-ubah dan masih tetap spt lama juga; berlenggang, melenggang 1. berayun tangan ketika berjalan: tangan kanannya yg memegang senapang itu kelihatan tidak ~; 2. bergerak-gerak turun naik atau ke kiri ke kanan (perahu atau kapal dimainkan gelom­bang dll): ia berpaling memandang api lampu minyak yg melenggang lemah; badannya turut ~-lenggang mengikut goncangan kepalanya; 3. ki berjalan dgn tidak membawa apa-apa beban: mereka pulang dr dusun ~ sahaja kerana tidak ada durian yg gugur; 4. = ~-lenggok = melenggang-lenggok ber­liuk-liuk ke kiri ke kanan (spt orang menari dll): pandangannya berpusat kpd api lampu yg ~- lenggok ditiup angin; ~ perut lenggang perut; melenggangkan 1. mengayunkan tangan ketika berjalan; 2. menjadikan berlenggang atau melenggang: anak-anak angin yg ber­tiup itu melenggang-lenggangkan rambut­nya; terlenggang-lenggang terayak-ayak, ter­ayun-ayun (perahu dimainkan gelombang dll); lenggangan ark 1. sj dulang utk mencari bijih atau emas; 2. pergerakan melenggang, ayunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berhenti seketika (biasanya utk berfikir), senggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /lénggang/ 1 gerakan atau ayunan tangan ke depan dan ke belakang ketika berjalan: ~ tangannya lemah gemalai. 2 gerakan berbuai-buai (spt kapal dipukul gelombang). ~ perut istiadat membetulkan kedudukan anak di dlm perut, bagi perempuan mengandung sulung setelah mengandung tujuh bulan. berlenggang 1 berjalan dgn tangan berayun ke depan dan ke belakang. 2 bergerak ke kiri dan ke kanan atau turun naik (spt kapal atau perahu dipukul gelombang). 3 berjalan dgn tidak membawa buah tangan atau dgn tidak membawa beban: Dia pergi ke rumah emaknya ~ saja. ~ lenggok berliuk-liuk ke kiri dan ke kanan spt orang menari. melenggangkan mengayunkan (tangan) ke depan dan ke belakang ketika berjalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lenggang (kata nama)
Bersinonim dengan limbai, anyunan tangan;,
Kata Terbitan : melenggang, lenggang-lenggok,

Puisi
 

Perahu sarat muat pinang,
     Jangan lenggang timba lagi;
Saya jahat jangan dikenang,
     Orang lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Lenggang bagai sirih jatuh,
     tak tahu di tampuk layu.

Bermaksud :

Orang yang tidak sedarkan kekurangan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
poeticadj 1. of, rel to poetry, puisi: ~ language, bahasa puisi; plays written in ~ form, drama yg dikarang dlm bentuk puisi; 2. very beautiful and expressive, indah: we were captivated by the ~ grace of the dancers, kami terpesona dgn lenggang-lenggok yg indah penari-penari itu; the ~ and beautiful sunset, suasana senja yg indah permai; the pianist gave a ~ rendering of the sonata, pemain piano itu membuat persembahan sonata yg indah bunyinya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas