[lo.lo.ngan] | لولوڠن
Definisi : bunyi suara yg keras dan panjang, jerit, raung (anjing dll): dia mendengar ~ anjing yg semakin kuat; melolong meraung (anjing), menjerit, memekik (spt perempuan meratap): anjing itu ~ semalam-malaman; ia ~ apabila mendengar berita buruk itu; terlolong-lolong menangis terjerit-jerit, terpekik-pekik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)