Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kelakuan, tingkah laku: dia tahu ~ isterinya; 2. tabiat, budi pekerti, watak: ~nya jahat; berperangai 1. mempunyai perangai, berke­lakuan: pekerja yg ~ baik; 2. berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sikap atau kelakuan seseorang yg sudah sebati benar dgnnya; tabiat; watak: ~nya yg jahat itu tidak dpt diubah-ubah lagi. 2 tingkah laku yg dilakukan di hadapan orang; kelakuan. berperangai mempunyai perangai; berkelakuan: Janganlah ~ buruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perangai (kata nama)
Bersinonim dengan kelakuan, tingkah laku, perlakuan, perwatakan, resmi, pembawaan, fiil, canda, olah, tabiat, gaya, cara, sifat, telatah, gelagat, gerak-geri, tindak-tanduk, ambekan;,
Kata Terbitan : berperangai,

Puisi
 

Kalau kulurut padi di Daik,
     Pancang pulau jatuh terhempas;
Kalau kuturut perangai tak baik,
     Pasang tak penuh surut tak timpas.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Seberapa panjang sarung,
     begitulah panjang matanya.

Bermaksud :

Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau.

 

Lihat selanjutnya...(7)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
unladylikeadj tdk spt perempuan baik-baik: ~ behaviour, perangai yg tdk spt perangai perempuan baik-baik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coquetryn perangai suka menggoda: her ~ irritated him, perangai gadis itu yg suka menggoda menjengkelkannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
villainyn perangai jahat: such ~ must not go unpunished perangai jahat spt itu jangan terlepas drpd dihukum.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unlikeableadj mempunyai perangai yg tdk disukai: a thoroughly ~ person, orang yg mempunyai perangai yg tdk disukai langsung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
withdrawal6. (of behaviour) perangai /menyepikan, menyisihkan/ diri: intermittent spells of ~, perangai menyisihkan diri yg datang sekejap-sekejap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
insolencen rudeness, insolent behaviour, perangai /biadab, kurang ajar/ kebiadaban: such ~ must not be encouraged, perangai biadab begitu tdk harus digalakkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reformedadj (of person) telah berubah perangai: a ~ drunkard, pemabuk yg telah berubah perangai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
womanlikeadj 1. (of a woman) memang spt perangai /wanita, perempuan/: a ~ lack of punctuality, memang spt perangai wanita yg tdk menepati masa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
behavevt; ~ os, berkelakuan baik; (interj) jangan buat perangai: sit still and ~ yourself!, duduk diam-diam dan jangan buat perangai!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trickup to o’s (old) ~s, (colloq) buat perangai: Watch them! They are up to their ~s again, tengok budak-budak itu! Mereka mula buat perangai lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas