Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.la] | ريلا

Definisi : (réla) akronim bagi Ikatan Relawan Rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.la] | ريلا

Definisi : (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan; merelai memberikan (membiarkan, me­lepas­­­­kan, dll) dgn hati yg ikhlas, meng­izinkan, memperkenankan: jalan yg direlai Allah; merelakan 1. menerima (menderita dll) dgn hati yg ikhlas; 2. memberikan (melepaskan, menyerahkan, dll) dgn senang hati; 3. meng­izinkan, menyetujui; kerelaan keikhlasan (hati), keizinan, ke­su­di­­an, perkenanan, persetujuan: mencari ~ Allah; reda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.la] | ريلا

Definisi : /réla/ 1 dgn suka hati; dgn ikhlas; berkenan; sudi: Aku ~ berkorban utk bangsa dan negara. 2 izin; persetujuan: Kedatangan kami adalah utk meminta ~ ayahanda dan bonda. merelai menerima sesuatu dgn hati yg ikhlas, meredai: pemergian yg direlainya. merelakan memberikan dgn suka hati; mengizinkan; memperkenankan: Relakan saya pergi. ~ wang yg diambilnya itu. kerelaan keadaan rela (hati); keikhlasan (hati); keredaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rela (kata kerja)
Bersinonim dengan sudi, sanggup, bersedia, berkenan, reda, suka, gemar, mahu, tidak keberatan;,
Kata Terbitan : merelai, merelakan, kerelaan,

Puisi
 

Tak sabit kandang kuda di bendang,
     Kayu kemudu luruh ke meranti;
Apabila tak dapat kasihku seorang,
     Rela kutunggu sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Biar badan penat asalkan hati suka.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan rela hati.

 

Lihat selanjutnya...(4)

27

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
unwillingadj (of person) tdk rela; (of acceptance, promise, etc) dibuat dgn tdk rela: he was an ~ accomplice in the crime, dia menjadi pensubahat yg tdk rela dlm jenayah itu; we got his rather ~ agreement, kami mendapat persetujuannya yg dibuat dgn tdk rela; be ~ to, enggan, tdk mahu: he was ~ to accept the job, dia enggan menerima pekerjaan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
before2. rather than, /lebih rela, lebih suka/ ... drpd: he will starve ~ he will steal food from his fellows, dia lebih rela kebuluran drpd mencuri makanan drpd rakan-rakannya; they are brave men, who will die ~ they will surrender, mereka itu orang yg berani, lebih rela mati drpd menyerah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
volitionaladj (fml) rela: ~ act, tindakan yg rela.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fainadv (archaic ) willingly, rela: I would ~ be dead, saya rela mati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spite in ~ of os, walaupun sso tdk rela: I became angry in ~ of myself, saya naik marah walaupun saya tdk rela;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eye toothn gigi /taring, mata/;cut o’s ~, mengetahui asam garam hidup; give o’s eyeteeth for, (colloq) rela berbuat apa saja: I would give my eyeteeth for such a chance, saya rela berbuat apa saja utk mendapat peluang spt itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
consenting adultn orang dewasa yg rela.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
willingadj 1. ready, prepared, sanggup, bersedia: she is ~ to pay any price to get it, dia sanggup membayar sebarang harga utk mendapatkannya; he is ~ to starve rather than submit, dia sanggup berlapar drpd menyerah; he was quite ~ to come with us, dia agak bersedia utk mengikut kami; 2. eager, rela: I have many ~ helpers in the task, saya mempunyai pembantu yg ramai yg bersedia membuat tugas itu; a ~ and obliging servant, pembantu rumah yg rela dan menurut perintah; 3. done or given gladly, (approp v) dgn rela: a ~ sacrifice for his country, pengorbanan yg dibuat dgn rela utk negaranya; to give ~ service, memberi khidmat dgn rela.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
muchwould you do as ~ for your country under the same circumstances?, adakah kamu rela berbuat demikian demi tanahairmu dlm keadaan yg sama?; as ~ again, twice as ~, sebanyak itu lagi, dua kali ganda itu; as ~ as, a. tantamount to,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
matteras a ~ of principle, /demi, krn/ prinsip sso: he was prepared to resign as a ~ of principle, dia rela meletakkan jawatan demi prinsipnya; as a ~ of urgency, dgn segera: I need to see the doctor as a ~ of urgency, saya perlu berKamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas