Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.mus] | روموس

Definisi : 1. singkatan bagi sesuatu ungkapan yg terdiri drpd beberapa huruf, mis DBP utk Dewan Bahasa dan Pustaka, kependekan; 2. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis rumus utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, formula: ~ kimia utk air ialah H2O; 3. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg dinyatakan dlm bentuk simbol, formula: ~ utk mencari ukuran luas segi empat bujur = panjang lebar = pl; merumuskan 1. memendekkan atau me­ring­­kas­kan (perkataan): UMNO dirumuskan drpd kata-kata Inggeris United Malay National Organisation; 2. menyatakan sesuatu (spt hukum dll) dgn rumus: tambahan peraturan syarikat patut dirumuskan berdasarkan undang-undang; hukum Boyle boleh juga dirumuskan secara hisab; 3. menyebutkan (menyatakan, mengumumkan) sesuatu dgn ringkas lagi tepat: hanya kepemimpinan berwibawalah yg sanggup ~ keputusan terakhir; rumusan pernyataan atau kesimpulan tentang soal-soal pokok (ketetapan, pendirian, dll) yg dinyatakan secara ringkas dan tepat: tegasnya bolehlah kita membuat ~ spt ini; perumusan perihal (perbuatan, proses) me­rumuskan, pernyataan yg ringkas lagi tepat: ~ teori-teori baru; perumus orang yg merumuskan sesuatu per­kara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.mus] | روموس

Definisi : , = rumusan 1 ringkasan drpd apa-apa yg telah dibicarakan; kesimpulan; inti keseluruhannya: Mereka membuat beberapa ~ dlm pertemuan itu. 2 ringkasan perkataan atau kumpulan perkataan (spt DBP utk Dewan Bahasa dan Pustaka); kependekan; huruf potong. 3 ringkasan hukum atau formula dlm matematik, ilmu kimia dll yg dilambangkan oleh huruf, angka dll: ~ kimia utk air ialah H20. merumuskan 1 membuat rumusan ttg sesuatu; menyatakan dgn ringkas dan tepat ttg sesuatu: Perkara itu dirumuskan dgn teliti. 2 meringkaskan perkataan dll; memendekkan: Mereka ~ Universiti Kebangsaan Malaysia dgn UKM saja. 3 menyatakan sesuatu hukum dll dgn rumus: Hukum Boyle dpt dirumuskan secara hisab. perumusan perihal (perbuatan) merumuskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumus
Kata Terbitan : rumusan, merumuskan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
prescriptiveadj preskriptif:~ rules, rumus-rumus preskriptif; a ~ grammar of the language, tatabahasa preskriptif bahasa itu; a ~ right, hak preskriptif.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
formulan 1. set of symbols, rumus, formula: the ~ for hydrochloric acid is HCl, formula utk asid hidroklorik ialah HCl; the ~ for finding the area of a circle, rumus utk mencari luas bulatan; 2. set of rules, principles, etc, formula: a ~ for peace, formula utk keamanan; there is no magic ~ for a successful career, tdk ada formula ajaib utk berjaya dlm kerjaya; 3. form of words used regularly, ungkapan tetap: “how do you do” is the ~ used in greeting, “how do you do?” ialah ungkapan tetap yg digunakan utk menyapa; 4. list of ingredients, proportions, instructions, etc, formula; 5. (US) milk-like powder for babies, rumusan bayi; 6. (of racing cars) formula.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
transformational rulen rumus transformasi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
structuraladj struktur: removing such a large part of the wall will affect the ~ stability of the upper floor, merobohkan sebahagian besar dinding itu akan memberi kesan kpd kestabilan struktur tingkat atas; the ~ features of the area, ciri-ciri struktur kawasan itu; the ~ formula for acetic acid, rumus struktur bagi asid asetik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
generate3. (fml) give rise to, menimbulkan: discrimination can ~ hatred, diskriminasi boleh menimbulkan rasa benci; the newspaper’s disclosure of defence secrets has ~d a lot of public interest, pendedahan yg dibuat oleh akhbar itu ttg rahsia pertahanan negara telah menimbulkan minat orang ramai; 4. (ling) menjanakan: rules have been written for generating sentences, rumus telah ditulis utk menjanakan ayat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas