Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.rang] | سبرڠ

Definisi : 1. sebelah sana sungai (jalan, laut, dll): kerana rumah ayahku di ~ jalan kereta api, maka kereta kami tidak sampai di hadapan rumah; ~ laut luar negara, negara asing: Razman akan melanjutkan pelajaran di ~ laut; tanah ~ a) tanah asing; b) Pulau Sumatera (bagi orang di Tanah Melayu); c) Semenanjung Tanah Melayu (bagi orang di Sumatera); 2. tempat yg bertentangan dgn, berhadapan dgn: rumahnya di ~ rumah saya; berseberangan, seberang-menyeberang 1. berhadapan letaknya (duduknya), ber-tentangan: sampailah aku ke suatu tempat yg bernama Pangkalan Tambang, iaitu ~ dgn Kampung Laut; 2. (terletak) di kiri kanan sungai (jalan raya dll) dan bertentang, (terletak) saling di seberang: maka seberang-menyeberang sungai itu kampung orang; menyeberang 1. pergi ke seberang sana (sungai, jalan, dll), melintas (jalan), meng­harung: mari kita naik pelampung terap ini, kita ~ ke seberang sungai itu; 2. ki memihak kpd musuh (lawan dll), membelot: terdapat juga menteri-menteri kerajaan yg ~ ke pihak pembangkang; menyeberangi 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita; menyeberangkan membawa ke seberang, membawa menyeberang; terseberang 1. sudah diseberangkan (di­seberangi); 2. terlepas drpd, terhindar, terbias: tiga kali kita menyeberangi hidup, apabila ketiga kalinya telah kita ~ dgn selamat, bahagialah kita; keseberangan 1. sudah diseberangi; 2. ki telah diketahui (maksud, tujuan, dll); dalam sudah keajukan, lebar sudah ~ prb telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang; penyeberangan 1. perbuatan menyeberang (sungai, jalan raya, dll); 2. tempat me­nyeberang (di sungai, jalan raya, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.rang] | سبرڠ

Definisi : 1 tebing sungai (pantai laut, tepi jalan dsb) yg di sebelah sana: Rumahnya di ~ anak sungai itu. 2 tempat dll yg berhadap-hadapan letaknya atau duduknya: Dia duduk di ~ saya. berseberangan, seberang-menyeberang 1 berhadap-hadapan atau bertentangan letaknya: Pekan Kuala Kangsar ~ dgn Kampung Sayung. 2 sama-sama terletak di tepi sungai (jalan dll), satu di seberang sana dan satu lagi di seberang sini: Kedua-dua buah bandar itu ~. menyeberang pergi ke seberang sana: Baik-baik apabila ~ jalan. menyeberangi 1 melalui atau menempuh sungai dll; mengharungi: Kita tidak dpt ~ sungai itu kerana airnya terlalu deras. 2 ki menempuh atau mengalami sesuatu kesulitan dll: Selama saya hidup, saya telah ~ seribu satu macam kesukaran. menyeberangkan membawa ke seberang; membawa me­nye­berang. penyeberangan per­­buat­an, hal dsb menyeberang, menyeberangi atau menye­berangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seberang (kata tugas)
Bersinonim dengan sebelah lain, bertentangan, berhadapan (dengan);,
Kata Terbitan : berseberangan, menyeberang, menyeberangi, menyeberangkan, penyeberangan,

Puisi
 

Dari seberang ke seberang pula,
     Hanyut pandan dari kuala;
Dari seorang seorang pula,
     Dandan juga pusing kepala.


Lihat selanjutnya...(151)
Peribahasa

Empang sampai ke seberang,
     dinding sampai ke langit.

Bermaksud :

Perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi; aturan yang tak dapat diubah. empang = bendungan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
opposite~ side, /sebelah, seberang/ sana, seberang; (of table) sebelah sana: the Smiths live on the ~ side of the street, keluarga Smith tinggal di sebelah sana jalan; I watched her cross to the ~ side of the room, saya memperhatikannya melintas ke sebelah sana bilik; b. being, situated on facing (sides, ends of st) kedua-dua: they were seated at ~ ends of the table, mereka duduk di kedua-dua hujung meja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
overseasadj a. at, in, for countries across the sea, di /seberang laut, luar negeri/; (attrib) luar negeri, seberang laut: in order to protect ~ interests..., utk menjaga kepentingan kita di luar negeri...; ~ students, pelajar-pelajar luar negeri; an ~ broadcast, siaran seberang laut; b. from countries across the sea, dr /luar negeri, seberang laut/: ~ visitors, pelawat dr seberang laut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
across5. on the other side of, beyond, di seberang: his office is ~ the road, pejabatnya di seberang jalan; a great and powerful nation ~ the Pacific, negara besar dan berkuasa di seberang Lautan Pasifik; 6. from either side of, dr ke dua-dua sisi, dr sebelah [n] masing-masing: they shook hands ~ the table, dr ke dua-dua sisi meja or dr sebelah meja masing-masing mereka berjabat tangan; 7. the other side of, sebelah sana: to smile at so. from ~ the room, tersenyum pd sso dr sebelah sana bilik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
acrossadv 1. crossed, bersilang: with arms ~, dgn tangan bersilang; 2. to the opposite side, ke seberang (sana); (to where speaker is) ke seberang sini: he took me ~ in his boat, dia membawa saya ke seberang dgn perahunya; can you swim ~?, boleh kamu berenang ke seberang sini?; 3. (in measurement) lebarnya: a lake that is one kilometre ~, tasik yg lebarnya satu kilometer;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
side the other ~, di /seberang, sebelah/ sana: the village is on the other ~ of the river, kampung itu terletak di seberang sana sungai; he beckoned to his wife who was on the other ~ of the room, dia menggamit isterinya yg berada di sebelah sana bilik; the other ~ of /town, country, the world, etc/, jauh di sebelah sana /bandar, negeri, dunia, dll/: while it is winter here it is summer on the other ~ of the world, apabila di sini musim sejuk, dunia di sebelah sana, musim panas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
transatlantic2. on the other side of the Atlantic, di seberang Atlantik: our ~ friends, kawan-kawan kita di seberang Atlantik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
way~ of life, cara hidup; ~ of the world, lumrah /alam, dunia/; /across, over/ the ~, (fairly colloq) di seberang sana: the shops are just across the ~, kedai-kedai itu cuma di seberang sana; they live over the ~, mereka tinggal di seberang sana; all the ~, a. the whole distance, sepanjang perjalanan: they chatted all the ~ back, mereka berbual sepanjang perjalanan pulang; b. completely, [various translations]: she filled the pail all the ~, dia mengisi baldi itu sampai penuh; they played the game all the ~ through, mereka bermain sampai tamat; c. to the limit (esp of sexual activity) terlanjur: they went all the ~ and now she’s pregnant, mereka sudah terlanjur dan kini gadis itu mengandung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
over7. on the other side of, di /sebelah sana, seberang/; (hill, mountain, etc) di balik: who owns the house ~ the road?, siapa tuan punya rumah di seberang jalan itu?; the little car disappeared ~ the hill, kereta kecil itu menghilang di balik bukit; 8. spanning, merentangi: the bridge ~ river is closed for repairs, jambatan yg merentangi sungai itu ditutup utk dibaiki; 9. onto, dari: our room looks out ~ the lake, dari bilik kami, kami dapat melihat tasik itu; 10. (indic that so. is looking at st quickly), /sekali, sepintas/ lalu: she ran her eye ~ his tired face, ia melihat muka lelaki yg letih itu sekali lalu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
see 1 ~ so. across, a. (street) membawa sso /menyeberangi, ke seberang/: a boy scout saw the old lady across the road, seorang budak pengakap membawa wanita tua itu ke seberang jalan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
overseasadv a. at, in countries across the sea, di /luar negeri, seberang laut/: it happened while he was ~, perkara itu berlaku semasa dia berada di luar negeri; b. to countries across the sea, ke /luar negeri, seberang laut/: the Smiths have all gone ~, keluarga Smith telah pergi ke luar negeri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas