[ta.di] | تادي
Definisi : 1. tidak lama sebelum ini, baru sahaja, baru sebentar yg lalu: siapa yg datang berjumpa dgn kamu ~? 2. terdahulu dr ini, yg dahulunya: kedaulatan Bahasa Kebangsaan dlm tahun 1967 kelak akan membuka peluang-peluang pekerjaan yg ~nya tertutup utk mereka; 3. yg telah (baru) lalu: malam ~; petang ~; 4. yg tersebut dahulu, yg baru sahaja disebutkan: sebagaimana yg dinyatakan di atas ~ orang ini juga tidak mempunyai wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.di] | تادي
Definisi : 1 tidak lama sebelum ini; baru sebentar: ~ dia ada di sini bercakap-cakap dgn kami. 2 yg telah lalu: malam ~; petang ~. 3 yg tsb dahulu; yg baru disebut: Budak yg ~ pun tidak mempunyai kad pengenalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)