Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.gur] | تݢور

Definisi : 1. = ~ sapa kata-kata yg diucapkan utk menyapa (mengajak berbual-bual, beramah tamah, dll): terlalu baik budi bahasanya lagi dgn ~ sapanya; 2. = ~ ajar kritikan, nasihat, petunjuk, tunjuk ajar: barang ~ ajar mereka itu tidak dilalui baginda; bertegur = ~ sapa = berteguran saling menyapa, sapa-menyapa, berbual-bual: dua hari kami tidak ~; dia bangun dr kerusinya dan ~ sapa dgn teman-temannya; bertegur­an dahulu maka berkenalan, mendaki dahulu maka tahu lelah prb setelah dialami barulah diinsafi; menegur 1. = ~ sapa mengajak berbual-bual (bercakap-cakap, bertanya, dll), menyapa: maka Nenek Kebayan pun segeralah ~ tuanku Malim Deman; 2. mencela, mencerca, meng­kritik: tidaklah pula menjadi salah kpd seseorang pengarang yg ~ langkah-langkah kerajaan dgn secara patut dan sederhana; 3. = menegurkan memberi nasihat, memper-ingat­kan, menasihatkan, mengingatkan, menunjuk ajar: saudara hambalah akan kapit hamba dan bapa hamba akan ~ menga­jar hamba orang muda bebal; 4. meng­ganggu (bkn syaitan, hantu, dll), merasuk: sakit ditegur hantu; meneguri menegur (seseorang), menyapa (seseorang); menegur-neguri Mn memeriksa orang sakit dgn menggunakan kunyit dll (utk mengetahui sebab-sebab penyakit); teguran 1. hasil perbuatan menegur, sapa; 2. celaan, ajaran, cerca, kritikan, petunjuk: rencana itu patut dianggap sbg ~ yg mem­bina utk kebaikan gerakan kerjasama di seluruh negeri amnya; 3. amaran, peringat­an; keteguran 1. = ~ hantu sakit kerana diganggu hantu, kerasukan (hati dll); 2. ark termenung-menung kerana bingung dll, terkasima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.gur] | تݢور

Definisi : , = ~ sapa kata-kata yg diucapkan utk menyapa (mengajak berbual dsb): Orangnya lemah lembut dan baik ~ sapanya. menegur 1 = ~ sapa mengajak orang lain berbual-bual atau bercakap-cakap; menyapa: Saya tidak tahu akan sebabnya dia tidak mahu ~ saya. 2 memberikan nasihat; menasihati: Sesudah ditegur oleh ibu dan bapanya, barulah dia rajin belajar. teguran 1 kata-kata utk menegur. 2 amaran; peringatan; nasihat. keteguran jatuh sakit kerana kononnya diganggu oleh hantu; tersampuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegur
Kata Terbitan : berteguran, menegur, teguran, keteguran,

Puisi
 

Kacang legor dari sini,
     Kayu ruak dari seberang;
Nak tegur tak berani,
     Takut tak jawab dia orang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Elok basa 'kan bekal hidup,
     elok budi bekal mati.

Bermaksud :

Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan. basa = tegur sapa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
greetingn 1. salutation, a. (in words) tegur sapa, sapaan: her friendly ~ put everyone at ease, tegur sapanya yg mesra menyenangkan hati setiap orang; b. (by gesture or action), /bentuk, cara/ /alu-aluan, menyambut sso/: a smile, bow, nod of the head and wave of the hand are all ~s, senyum, membongkokkan badan, menundukkan kepala dan melambai, semuanya ialah cara alu-aluan; c. (in writing) salam: please convey my ~s to the family, tolong sampaikan salam saya kpd keluarga; 2. good wishes, ucapan selamat: birthday ~s, ucapan selamat hari jadi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ticking-offn; give so. a ~, /menegur, memarahi/ sso; get a ~, ditegur, dimarahi, kena /tegur, marah/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rebuken teguran, celaan, kritikan; /administer, give/ a ~ (to so.), menegur sso; receive a ~, ditegur, kena tegur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rap 1 n quick, sharp knock, ketukan: there was a loud ~ at the door, ada ketukan kuat di pintu itu; get a ~ /on, over/ the knuckles, a. diketuk, kena ketuk; b. (fig.) kena tegur, ditegur; give so. a ~ /on, over/ the knuckles, a. mengetuk sso; b. (fig.) menegur sso; take the ~ (for st), (colloq) terima padahnya: when things go wrong, she always takes the ~, apabila ada yg tdk kena, dia selalu terima padahnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
speak ~ to; ~ to so., a. see vi (sense 6.); b. reprimand, menegur, menasihati: my neighbour’s weekend parties are very noisy. Can you ~ to them about it?, Majlis hujung minggu jiran saya bising betul. Bolehkah kamu tolong tegur mereka ttg hal ini?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas