Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.na] | ترکنا

Definisi : 1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dll): beberapa pakaian yg indah-indah ~ pd tubuh Ibrahim Kakan itu; 2. mendapat atau tertimpa sesuatu (spt penyakit dll): tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah utk melindungi mereka drpd ~ penyakit tersebut; 3. terpedaya, tertipu: hati-hati sebelum ~; berasa ~ a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menye­sal; 4. tersentuh (terlekat) pd: setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pd stigma pokok yg berdekatan; 5. kena sampuk (di­ganggu makhluk halus): dia ~ di pokok itu; 6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan: sakitnya spt rasa sakit ~ cubit; ~ beragih Mn a) berasa menerima bahagian yg terkurang drpd yg sewajarnya (sepatutnya); b) suram muram mukanya; ~ buat terkena jampi atau sihir; ~ pd ikan bersorak, ~ pd batang masam prb ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah; sekali jalan ~, dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) prb kali pertama ter­tipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.na] | ترکنا

Definisi : 1 menderita atau tertimpa sesuatu: Badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit itu. 2 tersentuh pd: Dia pengsan kerana ~ karan elektrik. 3 tertipu; terperdaya: Kali ini dia lebih berhati-hati supaya tidak ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,

Puisi
 

Sampai ke tepi terkena duri,
     Duri dibuang sakit pun hilang;
Kalau ayah tidak memberi,
     Adik hendak mengikut abang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak,
     terkena pada batang,
masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
glancingadj terkena sipi: a ~ blow on the head, pukulan yg terkena sipi di kepala.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
electrocutebe ~d, be accidentally killed by electric shock, mati terkena kejutan elektrik; (colloq) mati kena karan: he was ~d when he touched the live wire, dia mati terkena kejutan elektrik apabila tersentuh wayar hidup itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
roostn 1. perch on which birds rest or sleep, tempat /bertenggek, bertengger/; 2. hen-house, reban; come home to ~, terkena batang hidung sendiri, berbalik kpd sso: all his misdeeds came home to ~, segala perbuatan jahatnya terkena batang hidung sendiri; rule the ~, menjadi tuan: his wife rules the ~ in the household, isterinya menjadi tuan dlm rumah itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
strike2. come into forcible contact with, a. (gen), (act.) mengenai; (pass.) terkena: the bullet struck the animal between the eyes, peluru itu mengenai binatang tersebut di bahagian antara dua matanya; many people were struck by flying pieces of glass when the explosion shattered the windows, ramai orang terkena serpihan kaca yg melayang apabila letupan itu memecahkan tingkap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
on15. a. (specifying instrument etc used) dengan: an instrumental song played ~ the guitar, lagu instrumental yg dimainkan dengan gitar; b. (specifying cause of injury) krn terkena: he cut himself ~ a piece of broken glass, dia luka krn terkena serpihan kaca; c. (specifying form of power or fuel used) dgn menggunakan: a car that runs ~ solar power, kereta yg bergerak dgn menggunakan tenaga suria; d. (specifying how st is stored) dalam: data stored ~ computers..., data yg disimpan dalam komputer;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
press 1meniarap di atas tanah utk mengelak drpd terkena peluru; 3. clasp firmly, a. (hand) menggenggam, memegang: he ~ed her hand and bid her farewell, dia memegang tangannya lalu mengucapkan selamat tinggal; b. embrace, mendakap: he ~ed the little girl to his chest, dia mendakap budak perempuan itu ke dadanya; 4. iron, menggosok, menyeterika: she likes to ~ her clothes before wearing them, dia suka menggosok pakaiannya sebelum memakainya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sunburnt 2. having red, sore skin, kulit [sso] sakit terkena selaran matahari.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
smudge his sleeve brushed the wet drawing, smudging it, lengan bajunya terkena pd lukisan yg masih basah itu, menyebabkan lukisan itu comot.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backfire~ on so., /menikam, makan/ diri (sso) sendiri, menimbulkan akibat yg menimpa diri (sso) sendiri, terkena pd batang hidung sendiri, berkesudahan sebaliknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
suncatch the ~, a. be in a sunny position, mendapat cahaya matahari: this room catches the morning ~, bilik ini mendapat cahaya matahari pagi; b. become sunburnt, terkena selaran matahari: his back and arms had caught the ~ and were quite sore, belakang badan dan kedua-dua tangannya terkena selaran matahari dan terasa perit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas