Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin.dih] | تينديه

Definisi : bertindih 1. bersusun yg satu di atas yg lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; ~ bangkai (mayat) bangkai (mayat) bertimbun-timbun; ~ bersusun bertompok bersusun-susun; ~ riba (dgn) = ~ paha (dgn) duduk berdekatan (berdampingan) dgn; jatuh ~ jatuh yg satu menghempap (menimpa) yg lain; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; berjalan ~ berjalan berasak-asak (berjejal-jejal) rapat; duduk ~ (bertindih-tindih lutut) duduk rapat-rapat; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama atau serupa; tindih-bertindih saling menghimpit (meng-hempap); bertindihan tindih-bertindih; menindih 1. meletakkan sesuatu di atas: surat-surat di atas meja itu ditindih dgn sebuah buku supaya tidak berserakan ditiup angin; 2. menekan dr atas, menghempap, meng­himpit, menimpa: ahli gusti itu mere­bah­kan lawannya dan ~nya kuat-kuat; 3. ki menindas, memeras, menganiaya, menyusah­kan: di sini ada orang yg hidup dgn keuntung­an­nya dan ada yg hidup terus terlantar, yg satu ~ yg lain; yg rebah ditindih ki yg sudah malang (miskin) bertambah malang (miskin); ditindih yg berat, dililit yg panjang prb tidak berupaya melepaskan diri drpd kekuasaan orang (drpd kemalangan dll); tindih-menindih 1. hempap-menghempap, timpa-menimpa; 2. tindas-menindas, saling menganiaya; tertindih 1. menindih (atau ditindih) dgn tidak sengaja: dia disengat akibat ~ lipan apabila memusingkan badan; 2. ditindih (ditekan atau diasak dr atas), terhempap: dia ~ olehnya ketika mereka sedang nyenyak tidur; 3. ki mengalami kesusahan, tertekan, ter-himpit: barangkali limpahan batik fesyen baru di pasaran menyebabkan batik keluar­an syarikatnya ~; tindihan himpitan, tekanan, tindasan; ketindihan 1. tertindih, tertekan; 2. Jk tidak dapat bergerak-gerak ketika sedang tidur; pertindihan perihal atau keadaan menca­kupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama: ~ fungsi; penindihan perihal menindih, penghimpit­an, penekanan, penindasan; penindih alat utk menindih (kertas, surat, dll): ~ kertas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin.dih] | تينديه

Definisi : ; bertindih 1 bersusun yg satu di atas yg lain; berlapis(-lapis): Pinggan kotor ~-tindih di dapur. 2 berasak-asak kerana orang terlalu banyak atau tem­pat terlalu sempit: Penumpang dlm bas itu ~-tindih. menindih 1 menekan ke bawah; menghimpit: Dlm pergelutan itu, Ahmad yg berbadan besar ~ lawannya. 2 menekan dgn sesuatu supaya tidak bergerak dsb; membubuh di atas sesuatu agar tidak berganjak dsb; menghimpit: Ia ~ kertas-kertas itu dgn buku supaya tidak berterbangan. 3 menindas atau menganiaya orang-orang yg lemah: Orang-orang tengah selalu ~ peniaga-peniaga kecil. menindihkan meletakkan sesuatu di atas sesuatu yg lain: Dia ~ sebuah buku yg tebal pd kertas-kertas itu. ketindihan 1 dlm keadaan ditindih; tertindih; terhimpit. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt bangun ke­tika sedang berbaring walaupun dlm keadaan sedar utk bangun. pertin­dih­an hal bertindih. penindihan per­buatan (hal dsb) menindih atau me­­nin­dihkan. penindih alat utk menindih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindih
Kata Terbitan : bertindih-tindih, menindih, penindihan,

Puisi
 

Buah ketapi tindih-menindih,
     Buah kasinar dalam perahu;
Nak berlaki pilih-memilih,
     Nak anyam bujam pun tak tahu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Besar hendak melanda,
     panjang hendak melindih.

Bermaksud :

Sesudah berkuasa lalu hendak bermaharajalela. lindih = tindih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
top1on ~ of each other, a. bertindih-tindih, bertindan-tindan: she piled the books on ~ of each other, dia menyusun buku-buku itu bertindih-tindih; b. (colloq) very close together, bersesak-sesak, berhimpit-himpit: when you live in houses built on ~ of each other, you really appreciate the open countryside, kalau kamu tinggal dlm rumah yg dibina secara bersesak-sesak, kamu akan benar-benar menyukai kawasan kampung; on ~ of the world, berasa /bahagia, gembira/: ever since she heard the good news, she’s been on ~ of the world, sejak dia menerima berita baik itu, dia berasa bahagia; over the ~, berlebih-lebih: his reaction was over the ~, I thought, saya rasa reaksinya berlebih-lebih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pile-upn perlanggaran yg bertindan-tindih: at least ten cars were involved in a terrible ~ on the highway this morning, sekurang-kurangnya sepuluh buah kereta terlibat dlm perlanggaran yg bertindan-tindih yg dahsyat di lebuh raya pagi tadi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pile 1 b. (of vehicles) crash into one another, berlanggar bertindan-tindih: a lorry and two cars ~d up on the highway this morning, sebuah lori dan dua buah kereta berlanggar bertindan-tindih di lebuh raya pagi tadi; ~ st up, (in a heap) /menimbunkan, melonggokkan/ sst; (neatly) menyusun sst: the rubbish had been ~d up in the corner, sampah telah ditimbunkan di penjuru itu; the small child loves piling up his building blocks, budak itu suka menyusun blok-blok mainannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
weather-board(ing)n board covering outer wall of a house, papan tindih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
overlapvi 1. be, lie upon, bertindih, bertindan, bertindan-tindih: the steel rods are laid so that the ends ~, batang keluli itu disusun supaya bahagian hujungnya bertindih; 2. coincide in part with, bertindan, bertindih; (of visits) bertindan: their duties seem to ~, tugas mereka nampaknya bertindan; his interests and mine partly ~, minatnya dan minat saya agak bertindan; the two words ~ in meaning, kedua-dua perkataan itu bertindan maknanya; your visit and mine will ~ by two days, kunjungan puan dan kunjungan saya bertindan selama dua hari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
overlappingadj 1. lying one over the other, bertindih, bertindan, bertindan-tindih: ~ tiles, jubin bertindih; 2. (of systems, theories, interests, activities, etc) bertindan, bertindih: ~ responsibilities, tanggungjawab yg bertindan; ~ scheduling, penjadualan yg bertindih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas