Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.pah] | تومڤه

Definisi : terkeluar, keluar dr bekasnya (benda cair, beras, dll): hendaklah kamu letakkan bekas itu perlahan-lahan supaya tidak ~ isinya; maka kedua-dua pihak itu pun banyak mati, darah pun banyak ~ ke bumi; tanah (tempat, negeri dsb) ~ darah tempat dilahirkan; ~ darah keluar darah dgn banyak­nya dr rahim (bkn perempuan yg baru bersalin, keguguran dsb), turun darah; ~-ruah tumpah banyak-banyak; menumpahi tumpah dan mengenai sesuatu, mencurahkan pd; menumpahkan 1. menjadikan tumpah, menyebabkan tumpah: siapa yg ~ beras dr guni ini? 2. ki memberi (perhatian dll), mencurahkan: semua yg hadir ~ perhatian kpd Amir; 3. ki mengeluarkan atau melahir­kan (perasaan dll): dia membiarkan orang tua itu ~ segala yg terbuku di dadanya; ~ darah melakukan pembunuhan (peperangan dll); tertumpah 1. telah ditumpahkan atau tumpah: air di dlm gelas itu berkocak, malah ada yg ~ ke bawah; 2. ki telah diberikan kpd, tercurahkan: dia masuk bilangan anak-anak yg pandai, sehingga kasih sayang gurunya ~ kepadanya; 3. ki tertumpu: dia memandang ke arah daun tingkap yg ke-gelapan, tempat ~nya bayangan api pelita; tumpahan sesuatu yg tumpah (ditumpah­kan), curahan: terasa benar ~ sayang ibunya kepadanya sekali itu; ~ minyak tompokan minyak yg terapung-apung di permukaan laut, biasanya akibat drpd minyak yg tumpah dr kapal disebabkan perlanggaran dsb; ketumpahan terkena sesuatu yg tumpah: bajunya ~ kuah; pertumpahan perihal tumpah; ~ darah perihal tumpah darah (kerana peperangan, perkelahian, dll); penumpahan perihal menumpahkan, pen-curahan; ~ darah perihal menumpahkan darah (berperang, berbunuh-bunuhan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pah] | تومڤه

Definisi : terkeluar dr bekasnya (ttg benda cair atau barang yg berderai-derai). ~ darah keluar darah dgn banyaknya dr rahim (bkn perempuan yg keguguran, baru bersalin dsb). tempat ~ darah tempat dilahirkan. ~ ruah tumpah dgn banyak. menumpahi tumpah dan mengenai sesuatu; mencurahi: Air yg dibawanya ~ lantai. menumpahkan 1 menyebabkan tercurah keluar dr tempatnya: Anaknya yg nakal itu telah ~ gula ke tanah. 2 menumpukan atau mencurahkan (minat, perhatian, tenaga dll) pd sesuatu: Ia ~ segala tenaganya pd projek itu. ~ darah membunuh atau melukai. tertumpah 1 sudah tumpah atau ditumpahkan. 2 telah diberikan kpd; tercurah: Kasihnya ~ kpd anaknya. tumpahan apa-apa yg tumpah atau yg ditumpahkan. ketumpahan ter­kena sesuatu yg tumpah: Bajunya ~ kuah. pertumpahan hal tumpah: ~ darah perkelahian (peperangan dsb) yg menumpahkan darah. penumpahan perbuatan, hal dsb menumpahi atau me­num­pahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpah
Kata Terbitan : menumpahkan, tertumpah, tumpahan, penumpahan,

Puisi
 

Sayang langimut tumpah di papan,
     Daun yang lekang beragi-ragi;
Mengelimut berhadapan,
     Jika di belakang apatah lagi.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Kuah tumpah (= tertuang) ke nasi.

Bermaksud :

Anak yang dikahwinkan dengan kemanakan; sesuatu yang sudah sewajarnya.

 

Lihat selanjutnya...(14)

1

An apple doesn't roll far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that an apple doesn't roll far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
spill 1 vi also ~ out, tumpah: take care that the coffee does not ~, hati-hati supaya kopi itu tdk tumpah; the bag broke, and the sugar spilt on the floor, kampit itu pecah dan gula tumpah di lantai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spilt adj tumpah: the cat licked the ~ milk, kucing itu menjilat susu yg tumpah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slop vi (spill) tumpah; (overflow) melimpah: her hand was shaking as she carried the soup and it ~ped, tangannya terketar-ketar ketika membawa sup itu dan sup itu pun tumpah; the brimming coffee ~ped into the saucer, air kopi yg terlalu penuh itu melimpah ke piring;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spit 1 the ~ of, the dead ~ of, the ~ and image of, salin tak tumpah rupa, sebiji rupa: the youngest daughter is the ~ of her mother, anak perempuan bongsunya salin tak tumpah rupa ibunya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spill 1 the child drank the milk without ~ing a drop, budak itu minum susu tanpa tumpah setitik pun; the pan upset and spilt out boiling fat on her hand, periuk itu terbalik dan lemak yg mendidih itu tumpah ke tangannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spill 1 vt 1. also ~ out, cause to pour out accidentally, (act.) menumpahkan; (pass.) tumpah: someone bumped into me and I ~ed my drink, ada orang yg melanggar saya dan minuman saya tumpah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
motherlandn tanah /air, tumpah darah/, ibu pertiwi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mother countryn tanah /air, tumpah darah/, ibu pertiwi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
homelandn native land, tanah /air, tumpah darah/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chip~ off the old block, salin tak tumpah; have a ~ on o’s shoulder, mudah marah dan tersinggung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas