Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang menjalar yg tidak berkaki dan kulitnya bersisik (ada yg berbisa dan ada yg tidak); ~ belerang sj ular laut yg berbisa, Pelamis plat-urus; ~ cincin emas sj ular, Boiga dendrophila; ~ cindai sl sj ular; ~ kapak bakau sj ular, Trimeresurus purpureomaculatus; ~ katam tebu sj ular, Bungarus fasciatus; ~ kepala aruan sj ular, Xenopeltis unicolor; ~ kepala dua a) sj ular, Cylindrophis rufus; b) ki orang yg munafik; ~ lidi = ~ tambang sj ular yg kecil dan berbisa, Ahaetulla ahaetulla; ~ matahari sj ular, Mati-cora intestinalis; ~ minum = ~ mengiang Mn = ~ danu Kd pelangi; ~ sawa sj ular, Python reticulatus; ~ selimpat = ~ laut biasa sj ular, Enhydrina schistosa; ~ sinar matahari = ~ matahari biru sj ular, Maticora bivirgata; ~ tedung sj ular, Naja naja; ~ tedung abu (selar) sj ular, Ophiophagus hannah; ~ bukan, ikan pun bukan prb seseorang yg tidak dapat ditentukan jahat atau baiknya; ~ kepala dua = sekerat ~ sekerat belut prb orang yg tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah pendirian dsb), orang yg munafik; ~ dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipala jangan lembang = spt memalu ~ dlm benih, ~ jangan mati, benih jangan rosak prb menyelesaikan sesuatu perkara (menghukum atau memperdamaikan orang) hendaklah dgn seadil-adilnya; bagai ~ dgn legundi prb perihal seseorang muda yg sangat lekat hatinya pd kekasihnya; bagai ~ dgn orang prb perihal dua orang bersaudara yg tiada mahu berkenalan; biar ~ mati dan kayu tiada patah prb binasakanlah musuh dgn tidak merosakkan diri sendiri; jika ~ menyusur akar, tiada akan hilang bisanya prb orang besar dan mulia itu, tidak hilang martabatnya jika dia merendahkan diri sekalipun; kerosok ~ si rumpun bambu prb jangan takut akan ancaman orang; macam ~ kekenyangan prb perihal seseorang yg buncit perutnya dan kerana itu jalannya tidak betul; melangkahi ~ prb melakukan sesuatu yg sangat berbahaya; naga ditelan ~ lidi prb anak orang bangsawan berkahwin dgn orang kebanyakan; spt ~ kena palu = cengkeling bagai ~ dipukul prb a) geliang-geliut kerana kesakitan dan marah; b) bengkang-bengkok tidak beraturan (spt jalan atau jahitan yg tidak lurus); sudah tampak kaki ~ prb telah diketahui tingkah laku sese-orang yg buruk (yg dahulunya tidak diketahui); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berbagai-bagai jenis binatang menjalar yg tidak berkaki dan badannya bersisik (ada yg berbisa dan ada yg tidak). ~ kapak Trimeresurus wagleri. ~ katam tebu Bungarus fasciatus. ~ kepala dua a. nama sj ular, Cylindrophis rufus. b. ki orang yg bermuka dua; orang yg munafik. ~ lidi nama sj ular kecil tetapi berbisa, Ahaetulla ahaetulla. ~ sawa Phyton reticulatus. ~ tedung Naja naja. ular-ular tiruan ular; secarik kain dsb yg panjang. ular-ularan tegang atau kejang pd urat betis dll. mengular 1 berbentuk bengkang-bengkok atau berkelok-kelok spt ular: Jalan di kawasan pergunungan itu ~. 2 memanjang spt ular: Barisan penonton yg ingin memasuki auditorium itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ular I

Puisi
 

Ular lidi di pohon binjai,
     Mari terlanggar gugur ke tanah;
Biar sejari kain cindai,
     Banyak berkodi apa gunanya.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar.

Bermaksud :

Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya, b. Ular menyusur akar).

 

Lihat selanjutnya...(57)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
streamern 1. <i> long roll of coloured paper or ribbon,i> ular-ular:<i> the hall was decorated with ~s of many colours,i> dewan itu dihiasi ular-ular yg berwarna-warni;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
live 2 <i>adji> 1. <i>alive, living,i> hidup: <i>~ snakes,i> ular-ular hidup; 2. <i>not yet exploded,i> hidup: <i>~ bombs,i> bom-bom hidup; 3. <i>(of coal, ember, etc) glowing or burning,i> hidup; 4. <i>(of show, performance)i> di hadapan penonton, secara langsung: <i>I attended Anita Sarawak’s first ~ performance,i> saya menghadiri persembahan Anita Sarawak yg pertama di hadapan penonton; 5. <i>(of a broadcast) transmitted while actually happening,i> secara /langsung, terus/: <i>a ~ coverage of the Miss Universe constest,i> liputan secara terus pertandingan <i>Miss Universe;i> 6. <i>(of wire, electrical equipment, etc) charged with electricity,i> hidup: <i>a ~ circuit,i> litar hidup; 7. <i>of current interest,i> hangat: <i>the nuclear threat is still very much a ~ issue,i> ancaman nuklear masih menjadi isu hangat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
snakeskin<i> n i> kulit ular:<i> ~ shoes,i> kasut kulit ular.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
snake-bite<i> n i> /patukan, gigitan/ ular: <i> the serum is used in cases of ~,i> serum itu digunakan utk rawatan patukan ular.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
snaky<i> adj i> 1. <i> that moves like a snake,i> spt ular: <i> the dancer’s ~ movements fascinated him,i> pergerakan penari itu yg spt ular mempesonakannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
horror<i>ni> 1. <i>intense fear,i> perasaan /gerun, ngeri, takut yg amat sangat/: <i>words cannot express my ~,i> kata-kata tdk dapat menggambarkan perasaan gerun saya; in ~, ketakutan, kengerian: <i>she cried out in ~ when she saw the snakes,i> dia menjerit ketakutan apabila dia ternampak ular-ular itu; to o’s ~, betapa /gerunnya, ngerinya / sso: <i>to my ~ the monster began walking towards me,i> betapa gerunnya saya apabila raksasa itu mulai berjalan ke arah saya; 2. <i>st that causes intense fear,i> perkara (yg) /dahsyat, menggerunkan, mengerikan, sangat menakutkan/: <i>the ~s associated with war,i> perkara-perkara dahsyat yg berkaitan dgn peperangan; 3. <i>fearsomeness,i> menggerunkan, mengerikan, sangat menakutkan: <i>unable to forget the ~ of the moment,i> tdk dapat melupakan saat yg mengerikan itu; 4. (<i>colloqi>), (<i>of childi>) nakal: <i>a perfect little ~,i> budak yg betul-betul nakal; 5. (<i>attribi>) seram: <i>~ film,i> filem seram;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
snake<i> n i> ular; ~ in the grass, musuh dlm selimut: <i> the friend he had trusted was nothing but a ~ in the grass,i> sahabat yg dipercayainya tdk lain drpd musuh dlm selimutKamus Inggeris-Melayu Dewan
rattlesnake<i>ni> ular orok-orok.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
python<i>ni> ular sawa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mamba<i>ni> (ular) mamba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas