Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.tu/] | اونتوق

Definisi : 1. ditentukan (disediakan) bagi, merupa-kan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata; 4. (bermaksud) hendak: saya terlalu takut ~ lari; 5. (diberikan, dihantar) kepada: beliau telah mengirim wang RM50.00 ~ ayahnya; 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) supaya, supaya dapat: ~ melihat dgn jelas penyimpangan dr segi bentuk ini, di bawah ini diturunkan dua rangkap permulaan Syair Sinyor Kosta; ~ memahami keadaan yg berlaku sekarang ini, perlu dikaji perkembangan-perkem-bangan sebelumnya; beruntuk 1. (sudah) menerima bahagian masing-masing, (sudah) memiliki bahagian masing-masing; 2. sudah ditetapkan bahagian masing-masing: pusaka itu belum lagi ~; memperuntukkan, menguntukkan mene­­­­­tap­kan, (mencadangkan, menyediakan) bagi, membahagikan atau mengekhaskan (bagi sesuatu tujuan, keperluan, dll): perbelanjaan mengadakan pertandingan itu tahun ini diperuntukkan sebanyak RM60 000; maka kerajaan terpaksa ~ lebih banyak wang utk pertahanan dan keselamatan negara; teruntuk 1. sudah ditetapkan sbg bahagian seseorang (sesuatu keperluan dll); 2. ditetap-kan (dikhususkan) bagi seseorang; peruntukan 1. sesuatu yg telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll) yg ditetapkan (ditentukan) utk: Dewan Rakyat telah me-luluskan ~ utk membina rumah-rumah pemulihan akhlak; 2. syarat atau ketentuan (dlm undang-undang dsb): ~ undang-undang utk membataskan poligami. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.tu/] | اونتوق

Definisi : 1 ditentukan atau disediakan bagi…; dikhaskan bagi: Baju dua helai ini ~ kakakmu. 2 buat; guna: tepung ~ membuat kuih. 3 digunakan atau dipakai sbg; dijadikan sbg: Dia telah membawa pisau ~ senjata. 4 bermaksud akan; hendak: Ia ke bandar ~ membeli kasut. beruntuk sudah mempunyai bahagiannya masing-masing; telah ditentukan bahagiannya. menguntukkan menyediakan atau menetapkan bagi: Ayahnya sudah ~ wang tiga ribu ringgit sbg belanja perkahwinannya nanti. peruntukan sesuatu yg diuntukkan; bahagian yg disediakan (utk sesuatu): ~ sudah dibuat utk membina surau itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untuk (kata tugas)
1. Bersinonim dengan bagi: bahagian, habuan, umpuk, hak,

2. Bersinonim dengan guna: buat, bagi, bakal,

3. Bersinonim dengan sebagai: dijadikan sebagai, digunakan sebagai,

4. Bersinonim dengan supaya: agar, moga,

Kata Terbitan : memperuntukkan, peruntukan,

Puisi
 

Hendak memetik daun palas,
     Buat isi buah berangan;
Berbudi bukan minta balas,
     Hanya untuk kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bertambah semakin kurang.

Bermaksud :

Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(116)

47

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Bayang-bayang tidak sepanjang badan

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Bayang-bayang tidak sepanjang badan. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
for10. (indic purpose, suitability, fitness) untuk; (for specif task) sesuai /utk, bagi/; (of place) untuk, tempat: he carried a gun ~ protection, dia membawa pistol untuk keselamatan dirinya; what’s this gadget ~?, alat ini untuk apa?; we have found the very man ~ the job, kami telah menemui orang yg sesuai betul untuk jawatan itu; a building ~ storing grain, bangunan tempat menyimpan bijirin; 11. to the amount of, at a cost of, in exchange for, [various translations]: you can have it ~ $100, kamu boleh membelinya dgn harga $100; I paid $16 ~ the vase, saya membayar $16 untuk jambangan itu; he handed me a bill ~ $50, dia memberi saya bil yg berjumlah $50; put my name down ~ $3, tuliskan bahawa saya akan menderma $3; he traded in his old car ~ a new one, dia menukar beli kereta lamanya untuk kereta baru;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
for21. so as to cure, prevent, etc, untuk: a lotion ~ acne, losen untuk jerawat; 22. a. (foll by n or pron + infin v) bagi, untuk, [or not translated]: ~ a woman to lift up that boulder is almost impossible, adalah mustahil bagi seorang wanita utk mengangkat batu besar itu; it’s easier ~ her to take the work home, lebih mudah untuknya membawa kerja itu pulang; it isn’t convenient ~ me to see you next week, saya tdk senang utk berjumpa dgn tuan minggu hadapan; b. (foll adj or adv, esp with “too”) untuk: the box is too heavy ~ her to carry, kotak itu terlalu berat untuk diangkatnya; he ran too fast ~ me to catch up with him, dia berlari terlalu laju untuk saya saingi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
to(before v; as sign of infinitive)1. (expressing purpose) untuk: they used these books ~ do their research, mereka menggunakan buku-buku ini untuk menjalankan penyelidikan mereka; she exercised ~ keep her figure, dia bersenam untuk menjaga bentuk badan; she did it ~ annoy me, dia melakukannya untuk menjengkelkan saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ina monument was erected ~ his memory, sebuah tugu dibina untuk memperingatinya; they went off ~ search of gold, mereka pergi untuk mencari emas; they fought ~ the cause of freedom, mereka berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan; 27. (indic identity or describing who or what one means), [various translations]: he has no malice ~ him, dia tdk ada perasaan hasad dengki; you will always have a friend ~ me, saya sentiasa menjadi kawanmu; ~ her I see the leader we’ve been waiting for, dialah tokoh pemimpin yg ita nanti-nantikan or padanya saya nampak nilai-nilai pemimpin yg ita nanti-nantikan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
to5. (in constructions with “too” and “enough”) untuk: the dress is too expensive ~ buy, baju itu terlalu mahal untuk dibeli; I am big enough ~ look after myself, saya sudah cukup besar untuk menjaga diri sendiri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
to24. in honour of, untuk: he proposed a toast ~ the retiring president, dia mengajukan minum ucap selamat untuk presiden yg akan bersara; the statue is a memorial ~ Sir Stamford Raffles, arca itu ialah arca peringatan untuk Sir Stamford Raffles;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
to4. (rel adj to v to define a particular quality) untuk: you’ll find it easy ~ make, kamu akan mendapatinya mudah untuk dibuat; these houses are cheap ~ build, rumah-rumah itu murah untuk dibina;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forc. (foll n) untuk, [or no specific translation]: we can deliver the goods ~ you, kami boleh menghantarkan barang itu untuk tuan; I have brought the letter ~ you to read, saya membawa surat itu supaya kamu dapat membacanya; there’s no need ~ you to panic, kamu tdk perlu berasa cemas; it’s time ~ us to leave, sudah sampai masanya kita pergi; the crowd made way ~ him to pass, orang ramai memberikan jalan supaya dia dapat lalu; d. (foll v), [various translations]: I can’t wait ~ them to finish it, saya tdk sabar menunggu mereka menyiapkannya; they prayed ~ his safety, mereka berdoa semoga dia selamat; to fight ~ liberty, berjuang untuk kebebasan; my brother works ~ a housing developer, abang saya bekerja di sebuah syarikat perumahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
for7. in agreement with, bersetuju: I’m all ~ buying a car but then we haven’t got enough money, saya bersetuju sekali membeli kereta tetapi kita tdk mempunyai wang yg cukup; 8. on the side of, untuk: he plays hockey ~ Selangor, dia bermain hoki untuk Selangor; 9. in order to have, get, save, preserve, etc, untuk [v]; (money, points, etc) utk mendapatkan; (o’s country, faith, etc) demi, untuk: he did it ~ fun, dia melakukannya untuk bersuka-suka; to fight ~ survival, berjuang untuk terus hidup; she ran ~ her life, dia lari untuk menyelamatkan nyawanya; ~ further information, write to..., untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, sila tulis kpd...; they fought ~ their country, mereka berjuang dan gugur demi negara;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forprep 1. intended to be given to, come into the possession of, be used by, etc, untuk: there’s a telegram ~ you on the table, ada telegram untukmu di atas meja; they’ve bought some furniture ~ their new house, mereka telah membeli perabot untuk rumah baru mereka; these biscuits are~ the guests, biskut ini untuk tamu kita; 2. representing, in place of, untuk; (as sign of) bererti, tanda; (as agent, representative, etc of) bagi, [or not translated]: M ~ Muhammad, M untuk Muhammad; red ~ danger, merah tanda bahaya; the Member of Parliament ~ Jelutong, Ahli Parlimen kawasan Jelutong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas