Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.wam]/[Öa.wam] | عوام

Definisi : 1. bkn (melibatkan dsb) orang ramai sbg suatu keseluruhan: kepentingan ~; 2. utk atau terbuka kpd semua orang (tidak terkhusus atau teristimewa utk golongan dsb tertentu): tempat ~; kenderaan ~; kemudahan ~; 3. bukan tentera atau polis dsb; orang ~ a) orang preman (bukan anggota tentera atau polis); b) orang kebanyakan; c) orang biasa (bukan ahli atau istimewa); perkhidmatan ~ per­khidmatan kerajaan yg tidak berkaitan dgn tentera atau polis; mengawamkan 1. mengumumkan, mem­beritakan kpd orang banyak; 2. meng­anjurkan, mengesyorkan; pengawam penganjur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.wam]/[Öa.wam] | عوام

Definisi : 1 umum; am: Kami telah berbincang ttg perkara-perkara ~ saja. 2 tidak bersifat ketenteraan; preman; biasa: orang ~ orang biasa; perkhidmatan ~ perkhidmatan kerajaan yg bukan ketenteraan sifatnya. mengawamkan 1 memberitahukan sesuatu kpd orang ramai; mengumumkan. 2 menganjurkan; mengesyorkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awam

Peribahasa

166

The dogs bark, but the caravan goes on

Amarah atau bantahan orang bawahan tentang sesuatu yang dilakukan oleh orang yang berkuasa biasanya tidak akan diendahkan.

Bagai anjing menyalak di ekor gajah.

Disregarding public outcry, they proceeded to pass the new bills - the dogs bark, but the caravan goes on

Tanpa mempedulikan bantahan awam, mereka meluluskan juga rang undang-undang yang baharu itu - bagai anjing menyalak di ekor gajah sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kependekan

Kependekan RumiKependekan JawiEjaan RumiPadanan Jawi
INTANاينتنInstitut Tadbiran Awam Negaraاينستيتوت تدبيرن عوام نڬارا
JUSAجوساJawatan Utama Sektor Awamجاوتن اوتام سيكتور عوام
SPAايس.ڤي.أي.Suruhanjaya Perkhidmatan Awamسوروهنجاي ڤرخدمتن عوام
JPAجيه.ڤي.أي.Jabatan Perkhidmatan Awamجابتن ڤرخدمتن عوام
BPAبي.ڤي.أي.Biro Pengaduan Awamبيرو ڤڠادوان عوام
APMأي.ڤي.عيم.Angkatan Pertahanan Awam Malaysiaاڠكاتن ڤرتاهنن عوام مليسيا
PUSPANITAڤوسڤانيتاPersatuan Wanita dan Suri Anggota Perkhidmatan Awam Malaysiaڤرساتوان وانيتا دان سوري اڠڬوتا ڤرخدمتن عوام مليسيا
IPTAاءي.ڤي.تي.أي.Institut Pengajian Tinggi Awamاينستيتوت ڤڠاجين تيڠڬي عوام
KDNKAكي.دي.عين.كي.أي.Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awamجابتن كسلامتن دالم نڬري دان كتنترمن عوام

Kembali ke atas