Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ya] | جاي

Definisi : 1. kemenangan; hikayat Perbu ~ hikayat kemenangan Perbu; 2. = berjaya menang, berhasil: utusan sudah balik dgn tiada ~; berjaya beroleh kemenangan, mencapai ke­majuan, berhasil: tidak ada harapan cita-citanya akan ~; menjayakan menyebabkan jaya (berhasil, maju, dll): semua itu memberi semangat utk ~ usaha yg lebih besar pd masa hadapan; kejayaan perihal berjaya, kemenangan, hasil: apabila sudah mendapat ~ dlm pe­lajaran barulah hal rumah tangga di­rancangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ya] | جاي

Definisi : kemenangan: menuju ke puncak ~. berjaya mendapat kemenangan; berhasil: Ia ~ memasuki pertandingan akhir. menjayakan menyebabkan berhasil (maju dsb); memajukan: Ia turut sama ~ rancangan itu. kejayaan hal berjaya; kemenangan; kemajuan: Adnan telah mencapai ~ yg gilang-gemilang dlm peperiksaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaya
Kata Terbitan : berjaya, menjayakan, kejayaan,


Kependekan

Kependekan RumiKependekan JawiEjaan RumiPadanan Jawi
MPSJعيم.ڤي.ايس.جيه.Majlis Perbandaran Subang Jayaمجليس ڤرباندرن سوبڠ جاي
MPAJعيم.ڤي.أي.جيه.Majlis Perbandaran Ampang Jayaمجليس ڤرباندرن امڤڠ جاي
MBPJعيم.بي.ڤي.جيه.Majlis Bandaraya Petaling Jayaمجليس باندراي ڤتاليڠ جاي
MPHTJعيم.ڤي.ايچ.تي.جيه.Majlis Perbandaran Hang Tuah Jayaمجليس ڤرباندرن هڠ تواه جاي

Kembali ke atas