Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wa.lan] | کاولن

Definisi : 1. yg dikawal; hukuman ~ hukum­an yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wa.lan] | کاولن

Definisi : usaha mengawal (menjaga, mengawasi); hasil mengawal: ~ keselamatan akan dijalankan di sepanjang pantai. ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawai mutu yg telah ditetapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kependekan

Kependekan RumiKependekan JawiEjaan RumiPadanan Jawi
AKSEMاكسيمAgensi Kawalan Sempadan Malaysiaاڬينسي كاولن سمڤادن مليسيا
PKPڤي.کي.ڤي.Perintah Kawalan Pergerakanڤرينته کاولن ڤرݢرقن
PKPPڤي.کي.ڤي.ڤيPerintah Kawalan Pergerakan Pemulihanڤرينته کاولن ڤرݢرقن ڤموليهن
PKPDڤي.کي.ڤي.دي.Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatڤرينته کاولن ڤرݢرقن دڤرکتت
PKPBڤي.کي.ڤي.بي.Perintah Kawalan Pergerakan Bersyaratڤرينته کاولن ڤرݢرقن برشرط
PKPDBڤي.کي.ڤي.دي.بي.Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Bersasarڤرينته کاولن ڤرݢرقن دڤرکتت برسسر
PPKKMڤي.ڤي.كي.كي.عيم.Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysiaڤرساتوان ڤرخدمتن كاولن كسلامتن مليسيا
HACCPايچ.أي.سي.سي.ڤي.Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikalاناليسيس بهاي دان تيتيق كاولن كريتيكل

Kembali ke atas