Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.khid.ma.tan] | ڤرخدمتن

Definisi : 1. perihal berkhidmat (ber­tugas): Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat; 2. kerja (usaha, kemudahan, dll) utk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dll: selain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kpd para pelanggan; ~ awam segala kegiatan (usaha) pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai; ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api); ~ kerajaan perkhidmatan (spt kerja-kerja pentadbiran dll) oleh peme­rintah; ~ perubatan perkhidmatan yg ber­kaitan dgn kesihatan rakyat (bekalan peru­batan dsb); ~ sosial perkhidmatan (spt per­khidmatan perubatan, pelajaran, dll) utk kebajikan rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.khid.ma.tan] | ڤرخدمتن

Definisi : 1 perbuatan atau hal berkhidmat: Tempoh ~nya akan tamat pd akhir tahun hadapan. 2 kerja, usaha, kemudahan dll utk kepentingan orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khidmat (kata nama)
1. Bersinonim dengan hormat: takzim, sopan santun,

2. Bersinonim dengan bakti: jasa, tugas, kerja, sumbangan,

Kata Terbitan : berkhidmat, perkhidmatan, pekhidmat,


Kependekan

Kependekan RumiKependekan JawiEjaan RumiPadanan Jawi
SPPايس.ڤي.ڤي.Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaranسوروهنجاي ڤرخدمتن ڤلاجرن
SPAايس.ڤي.أي.Suruhanjaya Perkhidmatan Awamسوروهنجاي ڤرخدمتن عوام
JPAجيه.ڤي.أي.Jabatan Perkhidmatan Awamجابتن ڤرخدمتن عوام
APCأي.ڤي.سي.Anugerah Perkhidmatan Cemerlangانوڬره ڤرخدمتن چمرلڠ
SPKPايس.ڤي.كي.ڤي.Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundanganسوروهنجاي ڤرخدمتن كحاكيمن دان ڤراوندڠن
PUSPANITAڤوسڤانيتاPersatuan Wanita dan Suri Anggota Perkhidmatan Awam Malaysiaڤرساتوان وانيتا دان سوري اڠڬوتا ڤرخدمتن عوام مليسيا
P.P.S.ڤي.ڤي.ايس.Pingat Perkhidmatan Setiaڤيڠت ڤرخدمتن ستيا
PPKKMڤي.ڤي.كي.كي.عيم.Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysiaڤرساتوان ڤرخدمتن كاولن كسلامتن مليسيا
P.P.A.ڤي.ڤي.أي.Pingat Perkhidmatan Amڤيڠت ڤرخدمتن عم
JPPHجيه.ڤي.ڤي.ايچ.Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartaجابتن ڤنيلاين دان ڤرخدمتن هرتا

Kembali ke atas