Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dll): ~ parti politik; ~ persatuan sejarah; 2. orang yg mahir atau mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm sesuatu bidang, pakar: ~ bahasa; ~ muzik; ~ sains; 3. sangat mahir, pakar: kalau fasal menghias, dia memang ~; ~ bahasa orang yg mahir atau mempunyai ilmu yg mendalam dlm bidang bahasa; ~ bersekutu anggota (persatuan dll) yg tidak mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepe­nuh­nya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ biasa anggota (persatuan dll) yg mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mem­punyai hak bersuara dan hak dipilih utk meme­gang sesuatu jawatan); ~ falak orang yg pakar tentang cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dsb bulan, bintang, dll); ~ falsafah = ~ fikir orang yg mempunyai kemampuan memikirkan hal-hal yg bijaksana (yg berkaitan dgn alam, kehidupan, manusia, dll); ~ gusti orang yg pandai dan juga sering kali bergusti; ~ juri salah seorang drpd sekumpulan orang yg dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu perkara yg dibicarakan dlm mahkamah; ~ kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll) orang yg pakar tentang kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll); ~ kehormat ahli yg keanggotaannya diberi sbg suatu kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yg tidak dibayar); ~ linguistik orang yg mengkaji atau mengajarkan linguistik; ~ majlis tempatan wakil rakyat yg menjadi ang­gota majlis yg mentadbirkan kawasan (daerah) tempatan; ~ parlimen anggota parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya); ~ sains orang yg arif dlm salah satu cabang ilmu sains (spt botani) yg terlibat secara langsung dgn kerja-kerja kajian bidang ini; ~ sukan orang yg berminat dan juga sering kali mengambil bahagian dlm sukan; ~ terapi orang yg mahir dlm sesuatu jenis terapi; ~ tetap ahli yg sentiasa atau secara tetap menjadi anggota sesuatu (spt jawatankuasa dll); ~ tinju orang yg pandai bertinju dan selalu berlawan tinju; mengahlikan; ~ diri memahirkan diri dlm sesuatu ilmu pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yg dilakukan, dll), berusaha atau bergiat agar menjadi ahli: mula-mula ia ~ dirinya dlm ilmu fikah; keahlian 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya dlm kelab ini telah dibatalkan; berkeahlian mempunyai keahlian: mereka yg ~ dlm ilmu sains moden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli I

Peribahasa

Tertawa dalam perkabungan.

Bermaksud :

Ahli waris yang bersenang hati dalam masa berkabung kerana akan mendapat harta pusaka.

 

Lihat selanjutnya...(10)

57

Blood is thicker than water

Ahli keluarga lebih dipentingkan daripada orang lain.

Masin lagilah garam sendiri

So you have been married to him for 20 years and you have remained loyal to him through thick and thin. But still he voted for his sister when you and she were vying for the post. It seems that blood is thicker than water, my dear friend.

Jadi awak telah hidup bersamanya selama 20 tahun dan susah senang, awak tetap setia padanya. Namaun dia tetap mengundi kakaknya apabila awak bersaing dengan kakak ipar awak itu untuk merebut jawatan tersebut. Nampaknya masin lagilah garam sendiri, wahai kawanku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pollen analysisanalisis debungaGeografiTiadaTeknik yang digunakan oleh ahli paeleontologi, ahli botani dan ahli biogeografi untuk membantu di dalam pembentukan semula alam sekitar zaman silam.
archaeoastronomyarkeoastronomiMatematikTiadaAstronomi budaya purba yang mempunyai kepentingan tertentu kepada ahli falak, ahli arkeologi dan ahli antropologi.
aviation medicineperubatan penerbanganAeroangkasaTiadaSatu bidang perubatan yang menentukan piawaian kesihatan kepada ahli-ahli penerbangan.,Graf yang menunjukkan had faktor beban dan kelajuan penerbangan yang dibenarkan bagi sesuatu pesawat udara.,Satu bidang perubatan yang menentukan piawaian kesihatan kepada ahli-ahli penerbangan.
negative joinerpenghubung negatifKomunikasiKorporatAhli atau sekumpulan kecil ahli yang mempunyai pandangan dan ketetapan yang berbeza dengan ahli-ahli lain dalam sesebuah kumpulan. Kehadiran mereka boleh menghalang kelancaran proses membuat keputusan dan seterusnya boleh menggagalkan proses tersebut. Dalam hal ini, fungsi pengamal dalam perhubungan awam adalah untuk mengelak, mengawal, atau mengurangkan unsur-unsur tersebut bagi memastikan matlamat asal sesuatu perundingan dapat dipersetujui bersama. Kaedah yang sering digunakan adalah melalui pelobian, pemujukan antara peribadi, dan peranan media massa.
lexicographerahli leksikografi/ahli perkamusanLinguistikTiadaTiada
linguistahli linguistik/ahli bahasaLinguistikTiadaTiada
lexicographerahli leksikografi/ahli perkamusanPerpustakaanTiadaTiada
associate memberahli bersekutuKejuruteraanTiadaAhli-ahli didalam persatuan atau perniagaan yang mempunyai hak yang terhad.
single member systemsislem satu ahli/sistem ahli tunggalSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
excavation teamkumpulan ekskavasiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKumpulan yang terdiri daripada pengarah lapangan, penyelia petak, pelapor, buruh, juruukur, jurugambar, pelukis pelan, ahli botani, ahli kaji tanah dan konservasi. Ahli kumpulan ini dibentuk untuk melancarkan aktiviti kajian kerana masing-masing mempunyai tugas mengikut tanggungjawab yang diberikan. Rekod daripada setiap ahli kumpulan akan dirujuk untuk tujuan analisis dan laporan akhir. Pengarah lapangan akan menentukan keputusan yang berkaitan dengan penyelidikan dan kerja-kerja teknikal di lapangan. Sinonim kumpulan gali cari.
12345678910...

Kembali ke atas