aquatic resources | sumber akuatik | Perikanan | Tiada | Semua jenis flora dan fauna yang terdapat dalam persekitaran berair, yang menjadikan ekosistem akuatik seperti sungai, tasik, laut dan muara sebagai habitatnya. Contoh sumber akuatik ialah ikan, sotong, ketam, siput, tiram dan rumpai laut. |
aquatic plant | tumbuhan akuatik | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam air tawar atau di kawasan berair. Tumbuhan akuatik terbahagi kepada tiga kategori, iaitu tumbuhan timbul, tenggelam dan terapung. Contoh tumbuhan akuatik ialah teratai, telipuk dan kiambang. |
integrated aquaculture | akuakultur bersepadu | STEM | Tiada | Sistem penternakan hidupan akuatik yang digabungkan dengan aktiviti pertanian lain dengan memanfaatkan sisa hidupan akuatik sebagai nutrien untuk pertumbuhan tanaman, sementara tanaman pula berperanan menulenkan air bagi menyokong kelangsungan hidupan akuatik. |
aquatic agriculture | pertanian akuatik | Biologi | Ekologi | Pengurusan ternakan akuatik secara semula jadi dan buatan untuk menambahkan penghasilan pendapatan, misalnya penternakan ikan dan tiram di dalam air tawar atau laut. |
domestication | domestikasi | Perikanan | Akuakultur | Pemindahan ternakan haiwan akuatik dari habitat liar ke sistem ternakan yang terkawal. Haiwan akuatik tersebut dipelihara supaya boleh hidup dalam keadaan baik seperti di habitat semula jadinya. Tujuan utama domestikasi adalah untuk pemuliharaan genetik, pembiakbakaan dan akuakultur. Contohnya, ikan siakap atau udang harimau dari perairan semula jadi yang dipindahkan untuk diternak di dalam tangki atau kolam. |
aquatic basket | bakul tanaman akuatik | Landskap | Tiada | Bakul yang diperbuat daripada rotan , logam atau plastik yang diisi dengan tanah dan digunakan untuk menanam tumbuhan akuatik seperti yang digunakan dalam kolam atau tasik. |
zooplankton | zooplankton | Kejuruteraan | Tiada | Haiwan kecil biasanya mikroskopik, dalam persekitaran akuatik yang bergerak mengikut arus air dan menjadi sumber makanan haiwan akuatik. |
aquaponic | akuaponik | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah pertanian yang menggabungkan kaedah akuakultur dan hidroponik. Ia merupakan satu sistem kesepaduan kitaran hidupan tanaman dan hidupan akuatik yang saling bergantung antara satu sama lain bagi menghasilkan produk pertanian yang segar dan berkualiti tinggi. Melalui kaedah ini, hidupan akuatik seperti ikan dan udang diternak di dalam tangki atau akuarium, yang airnya akan digunakan untuk keperluan tanaman seperti sayur-sayuran yang ditanam secara hidroponik. Air sisa perkumuhan daripada ikan atau udang tersebut dapat menjadi sumber nutrien yang tinggi khasiatnya bagi tanaman berkenaan. Selepas itu, air yang telah bersih hasil daripada penyerapan sisa perkumuhan oleh tanaman tersebut, dikitar semula masuk ke dalam tangki bagi keperluan hidupan akuatik berkenaan. Sinonim agropisikultur, pisiponik. |
eutrophication | eutrofikasi | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Keadaan badan air yang diperkaya dengan nutrien sehingga menyebabkan pertumbuhan alga dan tumbuhan akuatik secara berlebihan. Hal ini mengakibatkan pengurangan atau kehabisan kandungan oksigen dalam air sehingga membahayakan hidupan akuatik. |
aquatic | akuatik | Biologi | Umum | Tiada |