clam belt | jalur tenang | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Jalur latitud yang berangin silir, dan arah anginnya berubah-ubah. Jalur tenang utama terdapat di latitud kuda (tenang Sartan dn tenang Jadi) dan doldrum. |
mint leave | daun pudina | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Daun yang berwarna hijau terang, berjalur merah, berbentuk hampir bulat dan rasanya sejuk berangin. |
menthol | mentol | Kimia | Tiada | Alkohol daripada kumpulan kamfor, formula C10H19OH, takat lebur 42°C, takat didih 212°C, berbentuk hablur putih, mempunyai bau cirian, berangin dan terdapat dalam minyak pati seperti pepermin. Mentol digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan dan sebagai bahan perisa. |
spey cast | lempar libas | Perikanan | Tiada | Kaedah melontar tali joran dengan mengangkat joran ke belakang melalui sisi dan kemudian tali dilontar ke arah hadapan. Kaedah ini menggunakan joran yang mempunyai pemegang berganda dengan teknik lontaran gelung. Lemparan libas biasanya digunakan di kawasan yang berangin. |
vegetative barrier | penghalang vegetatif | Pertanian | Agroteknologi | Kawasan yang ditanam dengan pokok-pokok termasuk pokok renek atau rumput-rumput tinggi, bertujuan untuk mengurangkan tempiasan daripada semburan racun kimia ke kawasan tanaman. Kawasan ini akan menapis semburan racun yang melalui pokok-pokok atau rumput tersebut. Walau bagaimanapun, kawasan penghalang vegetatif ini tidak boleh dijadikan sebagai pengganti amalan pertanian baik (GAP). Hal ini bermakna, sekiranya cuaca terlalu berangin misalnya, maka semburan racun tidak digalakkan walaupun ada penghalang vegetatif. |
duststorm | ribut debu | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Keadaan cuaca buruk yang dicirikan oleh angin kuat serta berdebu dan meliputi kawasan yang luas. Ribut debu datang dengan tiba-tiba dalam bentuk tembok debu yang mara ke hadapan, panjangnya mencapai beberapa kilometer, tingginya mencapai beberapa ribu meter, dan ketampakan mendatarnya kurang daripada 1000 meter. Udara di hadapan ribut debu sangat panas, berangin silir, dan mungkin terdapat beberapa pusar debu yang terpisah atau tercantum dengan jisim utama. |